Resepi Ayam Butter Milk Yang Sangat Mudah

Farah
2


Assalamualaikum, =D


Hai semua,

So hari ni aku saja nak share resepi ayam butter milk yang sangat mudah untuk di buat. Bahan - bahan dia pun, sekadar yang basic, yang selalu kita guna kat dapur tu.

Cuma leceh dia, nak kena goreng dulu...

Ayam butter milk untuk memikat selera adik - adik :P 

Sebenarnya bagi adik choice tadi, nak ayam masak kunyit ke, ayam butter milk (memandangkan mak cakap, kalau nak masak, masak simple - simple je). Sekali si adik nak ayam butter milk. Hurm buat jelah, layankan je, plus esok pun dah nak balik Uni semula, untuk memulakan semester baru. Final year sudah, bismillah...

So kat bawah ni, resepi dia yang mudah.

Bahan - Bahan
Part A (goreng ayam)
Minyak Masak
Tepung gandum
2 biji telur
Ayam (huda guna 6 ketul ayam, bahagian dada dan dipotong kecil - kecil).

Part B (tumis)
5 biji bawang putih (dihiris nipis)
daun kari
butter (1/3 butter sahaja)
susu pekat (1 sudu makan)
Sedikit Air
Garam secukup rasa
sedikit cili padi

Cara memasak
Part A
1. Panaskan minyak,
2. Celupkan ayam ke dalam telur yang telah di adukkan,
3. Kemudian gaulkan ayam tersebut ke dalam tepung gandum dengan sebati.
4. Goreng ayam tadi dan toskan minyaknya.

Part B
1. Panaskan butter
2. Tumiskan bawang putih + cili padi hingga naik bau,
3. Masukkan susu pekat bersama sedikit air, gaul dengan rata,
4. Letakkan garam secukupnya,
5. Masukkan ayam yang telah di goreng sebentar tadi dan gaul rata,
6. Masukkan daun kari dan gaul rata,
7. Siap dan boleh di hidangkan.

Selamat mencuba! =D

Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Pernah masak ayam style macam ni jugak. Tapi versi basah sikit. Ringkas dan jimat masa. Hehe

    ReplyDelete
  2. alahai nampak sedappp :D memang favourite saya tu!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !