Cerpen Si Peminat Misteri (PART1)

Farah
6

Assalamualaikum, =D

Alhamdulillah selepas seminggu cerpen ni tersimpan rapi dekat dalam folder, akhinya siap di publish juga. Sebelum tu, huda nak ucapkan ribuan terima kasih kepada kawan - kawan yang dok comment cerpen huda kali ni . Thanks semua! =D
To all, JOM baca cerpen Si Peminat Misteri ni . Cerpen ni di tulis untuk tatapan semua, KHAS dari huda sendiri. Selamat membaca! =D


PART 1

“Nah, surat,” Wawa menghulurkan sampul surat yang berwarna putih kepadaku. Aku mencapai sampul surat itu lalu memandangnya dengan sepi. “ hoi mak cik, buka jelah,” arah Wawa.

Aku melihat sampul surat itu yang tertulis nama aku. Ya Allah, kali ni adakah orang sama yang memberi aku surat layang ini? Aku pelik betul bila ada orang bagi aku surat layang, padahal pada aku banyak lagi medium yang dia boleh gunakan untuk memikat hati aku. Contohnya, dia boleh tegur aku melalui facebook atau twiter dan seangkatan dengannya.Ni tidak, ada ke patut dia bagi aku surat layang ni? Huh, tak romantic langsung!

“ Buka jelah,” arah Wawa lagi. Wawa sudah duduk bersimpuh di hadapan aku dan menanti saat – saat untuk aku baca surat tersebut. Sumpah, menyebok betul!

Dia pula yang tak sabar nak tahu apakah isi kandungan surat tersebut. Aku cuba mengoyakkan sampul surat tu dengan teliti. Aku mengeluarkan sepucuk surat yang dikirimkan kepadaku dari sampul surat yang berwarna putih itu, lalu membacaku satu persatu ayat yang di tulis di situ.

Assalamualaikum,
Aku tahu, kau pasti terkejut dengan surat aku ni. Masuk hari ni dah dua pucuk surat yang aku bagi kau, tapi relakslah baru dua pucuk belum sepuluh lagi.
Oh ya, my dear Haziqah Nurain.
Aku tahu kau pasti nak tahu siapakah aku sebenarnya bukan? Hurm, tapi pada aku biarlah aku sorang je yang tahu siapa aku dan kau hanya perlu menanti dan terus menanti untuk aku memperkenalkan diri aku kelak. HAHA. Apa – apa pun, selamat maju jaya dalam quiz kau yang akan datang ni.
Sampai di sini sahaja, bye!
Dari, peminat misteri =D

“Siapa dia ni?” tanyaku kepada Wawa lalu melipat kembali surat itu dengan rapi. Ya masuk kali ni sudah dua kali dia dapat surat dari peminat misteri itu. Siapakah peminat misteri tu eh? Ha, memang misteri untuk di cari.

“ Entahlah cik Haziqah Nurain,” jawab Wawa sambil mengangkat bahunya lalu membuat muka tak tahu. 

“Apa yang aku tahu, dah dua hari berturut – turut surat misteri ni ada dalam beg  aku tu. Eh, kalau dia nak mengorat aku tak apalah! Ni tak, salah orang atau sengaja?” Wawa mula membebel. Aku menyimpan surat peminat misteri di dalam almari miliku.

“ Eh, biar jelah. Apa – apa pun, terima kasih ye sayang sebab jadi orang tengah antara aku dengan pakcik misteri ni,” kataku lalu membuka laptop peribadiku.

“ Nak updated twitter lah tu…” perli Wawa. Aku memalingkan wajahku kepadanya lalu tersenyum tawar.

“ Yelah,” jawabku pendek. Entah kenapa, sejak dua – menjak ni aku suka sangat bermadah. Dah namapun bermadah, jadi aku madah cinta jelah. Sampai ada kawan – kawan aku tegur, kenapa dengan aku ni? Ah, peduli apa aku…

Pagi ini merupakan pagi yang indah, pagi yang membuatkan aku ceria dan gembira. Terima Kasih Ya Allah, kerana diatas izinmu aku masih lagi boleh bernafas di dunia pinjaman mu ini. Aku terus bangkit dari tidurku lalu mengambil pekakas mandiku untuk membersihkan diri ini, sebelum menghadap Allah yang satu.

Lima minit aku di dalam bilik air, akhirnya aku keluar dengan keadaan diriku yang sudah berwuduk. Sebelum keluar, aku membaca doa keluar bilik air yang ibu aku ajar sedari kecil lagi. Masuk je bilik, kelihatan rakan karibku, Wawa sudah bangun dari tidurnya.

“Pagi,”ucap Wawa ceria lalu mengambil tuala dan barang mandi miliknya dan terus beredar keluar dari bilik kami. Aku hanya menghantar Wawa dengan kerlingan mataku. Tanpa membuang masa, aku menunaikan solat subuh.

“Hoi, apasal tak tunggu aku?” tegur Wawa lembut dari muka pintu dengan kepalanya yang ditutupi tuala.
Aku yang baru sahaja selesai melipat telekung dan sejadah, memaling ke arah Wawa. “My dear, cuba tengok jam dah pukul berapa. Aku pun lambat tau tadi,” balasku pendek. Memang dah lambat pun, ada ke patut aku bangun pukul 6.30 pagi tadi? Budak…budak…

“Ha, yelah. Oklah, aku nak solat dulu,” balas Wawa tanda mengalah. Aku mengurut dadaku tanda lega. Lega sebab tak sambung bersoal jawab dengan Wawa pagi itu.

“Ziqah, saya nak jumpa awak boleh?” Aku yang baru sahaja mengemas alat tulis aku dan mula memasukkan satu persatu pen ke dalam pensil box agak terkejut dengan teguran seorang lelaki yang aku sendiri tidak jangka.

Oh, Ya Allah…Bagai mimpi di tengah hari ni, sebab orang yang aku minat dalam diam selama dua tahun kebelakangan ini akhirnya tegur aku. Aku memalingkan tubuhku ke arah lain lalu mengurut dadaku yang kian berombak kencang ini.

“ Ziqah, awak ok?” tanya jejaka tersebut atau lebih dikenali dengan panggilan Iqmal. Aku cuba mengawal keadaan diri aku yang aku rasa semakin menggila ini. Dengan rasa gugup, aku memalingkan semula tubuhku ke arahnya. Kelihatan si dia sedang memandang aku dengan sepi dan menanti jawapan dari aku. Boleh gugur jantung mak!

“Ziqah, awak ok?” tanya Iqmal tanpa ada rasa ingin mengalah.

“Ok,”jawab aku pendek. ‘Gila ok, aku gugup sebab kau ada dekat depan mata aku ni ha!’kataku dalam hati.

“Ziqah, petang ni awak free tak?” tanya Iqmal.

“Free kot, kenapa?” Aku mula berdiri dan ingin mengatur langkah keluar dari kelas tersebut. “Wawa, jom,”kesian pada Wawa yang terpaksa menunggu aku buat seketika. Ni semua disebabkan si mamat handsome tulah.

“Eh, Ziqah. Nantilah dulu, saya belum habis cakap ni,” aku yang mula mengatur langkah menuruni anak  tangga, sedikit tersentak apabila di tegur oleh Iqmal. “ Ziqah, saya nak jumpa awak petang ni boleh?” tanya Iqmal lembut.

Aku memalingkan wajahku ke arah Wawa, meminta agar Wawa membantu aku untuk membuat keputusan di kala aku kebuntuan. Tapi ternayata, Wawa hanya menjongketkan bahunya tanda dia tidak tahu. Apalah!
“ Hurm… pukul berapa?” tanya aku dengan berani.

“Pukul 4 petang,boleh?” tanya Iqmal yang inginkan kepastian daripadaku. “Sure ke awak tak busy?” tanya Iqmal lagi.

Aku masih cuba untuk mengawal rasa hati yang kian riang dan gembira dengan ajakan Iqmal petang nanti. Sekali lagi aku memalingkan wajahku ke arah Wawa, ternyata Wawa masih lagi dengan jongkekan bahunya. Apalah Wawa ni? Tak dapat membantu aku langsung, sedih!

“Betul,” balasku pendek. “ Eh,kejap! Tapi kenapa pula tiba – tiba awak nak jumpa saya eh? Ada apa – apa yang mustahak sangat ke?” akhirnya terkeluar juga persoalan yang berada di mindaku sedari tadi. Yelah, mana tidaknya bila hati ni asyik melonjak gembira, sehingga lupa persoalan yang penting itu.

“ Eh, yelah…Mestilah ada benda yang mustahak,” balas Iqmal bersahaja.

“Penting sangat ke?” aku cuba menanya lagi buat kali yang kedua. Yelah, biarpun hati aku tengah melonjak gembira saat pertama kali di tegur oleh jejaka handsome semalaya ni, tapi aku kena juga berhati – hati sebab lelaki sekarang bukannya boleh pakai sangat. Bahaya!

“Bolehlah,” balas Iqmal lagi. “ Kenapa awak ragu – ragu ke?” tanya Iqmal. Aku tidak menjawab ‘ye’ dan juga tidak menjawab ‘tidak’, tapi sebaliknya aku hanya mendiamkan saja diri aku. “Kalau tak boleh tak apalah, nanti bila awak dah rasa boleh dan yakin awak miscall saya,” dia menghulurkan secebis kertas yang tertulis nombor telefon bimbitnya kepadaku. Selepas itu dia minta diri untuk beredar dari situ. Aku lega, lega selega – leganya bila dia dah pergi meninggalkan kami…

‘Betul ke tadi dia tegur aku?’ aku mula meng-updated twitter milikku.
‘Macam tak percaya je,’ aku updated lagi buat kali kedua.

Aku membuka pula satu laman web yang agak terkenal dengan ayat – ayat dan juga kisah cinta. Buka sahaja laman web tersebut, aku terpandang satu post entry yang bertajuk ‘surat layang’. Entah mengapa, hati aku rasa melonjak – lonjak untuk membaca post entry tersebut. Aku baca. Alangkah terkejutnya aku, bila kisah tersebut sebiji seperti kisah aku. Selesai membaca aku mula memikirkan perkara yang entah apa – apa tentang peminat misteri itu. Ya Allah, memang misteri betul kisah aku ni. Subhanallah…

Aku membiarkan computer riba aku terbuka begitu sahaja lalu mengambil satu kotak yang penuh dengan surat layang dari peminat misteri. Ya, sudah dua minggu berturut – turut aku terima surat layang tersebut, tetapi apakan daya sampai sekarang aku masih tidak tahu siapakah peminat misteri itu. ‘Ya Allah, kau tunjukkanlah peminat misteri yang penuh misteri itu kepadaku’.

Saya tahu, awak masih tercari – cari siapa saya. Percayalah satu hari nanti kita akan bertemu dan saya percaya dengan Izin Allah kita akan di ijab kabulkan kelak. Dan saya yakin awak adalah jodoh yang paling tepat untuk saya, yang Allah janjikan di Loh Mahfuth. – Peminat Misteri.

Ya Allah, siapakah dia? Adakah dia…Hisyh, jangan nak mengarutlah Zieqa! Awak tu masih muda. Umur pun baru je masuk 22 tahun. Ulang, 22 tahun! Ada hati berangan nak mendirikan rumah tangga. Eh, kejap! Tapi, apa salahnya kalau kahwin mudakan? Gila! Nak kena perhambat dengan ayah ke?





Post a Comment

6Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. perghh .. best gler cte nie .. senyum sorg2 .. nnti update lagi ye kak huda

    ReplyDelete
  2. nice! bila nak ada sambungannye?? :D

    ReplyDelete
  3. Best sangat !Kak Huda buat cepat-cepat sikit tau sambungannya ! ;)

    ReplyDelete
  4. cerita boleh tahan . bahasa boleh diperbaiki :D best best !

    ReplyDelete
  5. Best, nak baca sambungannya pulak :)

    ReplyDelete
  6. kak.. bestnya kak! buat novellah kak, confirm sye beli hehe!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !