Review Novel Musuhku Suamiku

Farah
5


Selamat pagi semua, harap pagi ni adalah pagi yang ceria untuk korang =). 3 hari blog ni tidak di updated atas sebab tak ada mood nak updated entry dan juga satu hari huda habiskan masa baca novel Musuhku Suamiku(semalam). ^_^.


creadit google.



Buat pertama kalinya, huda beli novel selain terbitan alaf 21. Kenapa? Huda tertarik pada tajuk dia, bila huda baca sinopsis pun tampak menarik je. So huda pun belilah. HAHA =).



ok dekat bawah ni sinopsis untuk this novel =)

Tanpa rela dan terpaksa, Lysa Lafisya terpaksa menerima hakikat yang musuhnya, Rafeeqi, sudah bergelar suami kepadanya. Mahu atau tidak, dia terpaksa akur dengan kehendak takdir walaupun dia pasti dan yakin ada dalang di sebalik apa yang menimpanya.

“Hei, perempuan! Apa yang kau letak dalam minuman aku? Macam mana aku boleh ada dalam bilik kau? Kau memang nak perangkap aku, kan? Apa motif kau, hah? Kau nak harta aku? Huh, dasar anak yatim piatu. Lesbian pulak tu!”

Itu tuduhan Rafeeqi terhadap Lysa Lafisya. Pedih memang pedih. Tapi, siapa dia mahu menegak benang yang basah? Beribu kali dia cuba menyakinkan Rafeeqi sekalipun, pasti lelaki itu tidak mempercayainya. Sungguh, itu fitnah! Tapi, dia hilang punca untuk membuktikan.


“Hisy, tengok ni apa kau dah buat? Habis tercabut selendang aku. Baju aku pun dah basah.”
Saban hari duduk bersama, perang tetap perang, namun sudah ada selingan tawa dan bicara lembut. Hubungan yang dulunya dingin, perlahan-lahan bertukar mesra. Ikatan persahabatan diikat. Namun, sampai bila? Dalam diam, hati sudah ada benih cinta.


Selama mana hubungan persahabatan itu akan dikekalkan? Apakah perhubunagn itu akan bertukar? Hati siapa yang bakal ada benih cinta? Berantakan atau bahagia hubungan yang diikat? Adakah musuh akan kekal jadi musuh? Atau, musuh akan bertukar menjadi suami yang benar-benar suami?





Bila huda baca biodata penulis. Ohhh baru huda tau rupanya penulis ni - Zuera Rasiddin ni juga pernah menulis satu novel - Teman Serumah (yang pernah huda baca - pinjam novel kawan) ^_^. Lalu dalam hati terdetik, ohh patutlah best novel dia yang huda baru beli ni ^_^.




creadit google


Ha, korang pernah baca tak novel Teman Serumah ni. Kalau tak baca lagi, belilah sebab tak rugi kalau beli. best tau! ^_^... Ok lepas ni boleh tunggu lagi karya dari Zuera Rasiddin ni.. hehehe ^_^



sinopsis for this novel =)


“Fira, sayang, nenek harap sangat nenek dapat tengok kamu dan Izzat berkahwin sebelum ajal nenek tiba.”

Permintaan nenek angkat Musfira Azwany membuatkan gadis itu dalam dilema. Antara permintaan Nenek Rogayah yang sedang tenat dan perasaan cintanya kepada Fizwan, mana satu lagi penting? Akhirnya, Musfira Azwany mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Izzat Haikal, cucu Nenek Rogayah. Pun begitu, dia menganggap diri bukan isteri kepada Izzat. Hanya teman serumah lelaki itu. Hubungan cintanya dengan Fizwan terus terjalin.


“Izz, you know very well that you should not have any feeling towards me, right? We are friend. Good friend. Close friend. That’s it. Nothing more and nothing less.”


Mereka hanya kawan. Itu kata Musfira Azwany. Bagaimana pula dengan Izzat Haikal? Adakah lelaki itu turut menganggapnya sebagai kawan, teman serumah?


“Dah jatuh cinta dengan aku ke?”


Ops! Adakah Musfira Azwany mula jatuh cinta kepada Izzat? Apa terjadi pada hubungan cintanya dengan Fizwan? Tapi…


“Please, Izz. Aku tahu kau baik. But for once, fikirlah pasal diri kau. Kahwinlah dengan orang yang kau cintai, Izz. Lepaskan aku. Antara kita tiada jodoh. Kahwinlah dengan Izyan jika dia mampu buat kau bahagia.”


“Kalau itu keputusan kau, aku respect. Aku akan lepaskan kau.”

Apakah yang bakal terjadi? Adakah mereka akan bercerai atau mengekalkan hubungan yang sedia ada? Apakah mungki perasaan cinta mula bertamu di hati sekalipun hubungan yang ada hanyalah teman serumah?



creadit . sini dan sini

p/s : jangan lupa beli tau... ^_^

ok, sampai sini aje untuk kali ni. Thanks baca entry ni ^_^

Post a Comment

5Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. lia pun ada novel teman serumah tuh! haha best kan.. hehe tapi musuhku suamiku xbaca lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'aa dua dua novel ni best. beli le. hehe =)

      Delete
  2. wowww.. minat novel gakk.. same2...

    ReplyDelete
  3. huhuhu boleh beli jugak nanti neh kalau tak beli pun cari kat rumah kawan pinjam sana sini hihihi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !