Huda beli iPad, tapi beli accessories dia hanya di Shopee, jimat dan sesuai dengan budget semasa. Dalam entry ni, Huda share Pengalaman beli accesorries IPad, bagi yang suka buat nota dan journal supaya lebih productive.
Sebelum tu nak bagitahu entry ni, aku re-used je entry lama - 2022. Tujuan beli IPad, sebab laptop lama aku, dah slow, nak buka tu loading ye, (laptop tu dari zaman belajar). So rasa ‘tak best’ bila laptop tu loading. Since aku just nak guna untuk update blog, or tengok movie, taking notes (termasuk list doa, atau zikir), etc, so itu yang aku decide beli je IPad. Itu pun, selepas buat discussion dengan parents aku, dan nak beli something ikut budget.

Tahun 2022, aku decide beli - IPad 9th (2021), 64gb (Colour Space Grey), Wifi.
Harga RM1700 masa tu, tak silap. Beli online, dekat shopee je (Authorized Apple - under “Mall” di Shopee).
Dan of coure, kita beli sekali cover , keyboard, dan mouse warna pink (tapi brand lain). Loveee sangat.
Dengan adanya keyboard, lagi senanglah nak menulis. Nak edit blog pun boleh.
Tapi edit blog tu,simple - simple je. Yang lain semua ada benda, aku still akan buka laptop.
Tips beli iPad - tengok pada keperluan, nak guna for what, dan budget you. Itu yang terpenting ✌️
iPad tak boleh ganti laptop. Ada limitation dia. iPad ni mudah digunakan, compact dan boleh bawa ke mana mana.
Semua beli online :-
iPad - Apple Authorities Seller (Shopee) - Shopee Mall
Cover + Keyboard + Mouse - Shopee (from China).
Pen iPad (brand Gojoodog) - Shopee (china)
Tak beli semua serentak. Beli sikit - sikit dulu, dan ikut budget semasa.
p/s: Kalau nak beli online - beli yang authorised/recommend seller, tengok pada comment dan feedback. Kalau rasa tak yakin nak beli kat Shopee, boleh beli dekat laman web apple store. Atau beli secara fizikal, dekat apple store, atau switch, UR dan mana mana kedai yang jual iPad.
Update 2026
1. Basically, iPad lama aku dah rosak (atas kecuaian sendiri - 2025), sad to remember. Berbulan juga aku tak ada iPad, aku update blog guna mini phone je. Tapi iPad serious tahan. So aku beli iPad baru, akhir January 2026. Version di rahsia kan, hahaha.

Tahan lama keyboard ni. Battery pun tahan lama.
2. Masih guna mini keyboard (wireless) yang sama. Battery dia tahan, even aku lupa nak ‘switch off’ for few days, battery dia masih ada.

iPad pencil - Goojodog. Ni kalau guna dia bising sikit. Tapi ok, smooth. Battery tahan lama.
Mouse, dan earbuds pun beli jenama Goojodog.
3. Mouse lama pun dah rosak, so aku beli mouse baru - jenama Goojodog. So far, aku guna mouse ni tahan lagi. Aku beli dua, satu hitam (daily used untuk office), satu pink (untuk kat rumah).
Mouse Goojodog ni murah. Silent bunyi. Battery tahan lama. Bila dah lama guna, mouse tu akan bagi ‘hint’ dia ‘stuck’ - so kalau rasa lambat tu, kena charge sekejap, nanti dia akan laju semula. Kalau kat office tu, pernah je tetibe dia lambat. Jadi time rehat, aku charges battery dia selama satu jam.
Mouse Goojodog ni, ada 2 function - satu boleh guna dekat PC (ada USB dia), satu lagi boleh Bluetooth.
4. Aku beli earbuds Goojodog. RM20 kot tak silap. Aku beli betul - betul based on budget masa tu. Beli pada tahun 2024, konon masa tu nak bawa pergi Mekah, dan maybe boleh dengar Al Quran ke gitu la. Tapi tak sempat, sebab banyak aktiviti masa tu, under Tabung Haji. Hahhaa.
But currently masih guna earbuds ni, battery tahan lama. Sound dia ok, base dia ada, cuma kurang. Tapi bila dengar music tu, rasa dia ‘tak out/tak teruk’, ‘suara tak pecah’, bila pakai selesa, kedap bunyi. So far untuk aku yang dah guna setahun setengah ni ok. Pada yang tak ‘hardcore’, boleh beli haha. Sebab dia ok je pada aku. Valid la dengan harga. Aku selalu je guna, bila rasa nak dengar lagu.
5. Beli bag untuk ipad & accessories related

Untuk mengelakkan kejadian berulang. So aku beli bag ni. Ada 3 compartment. Ada tali, so senang nak bawa ke mana - mana. Dan boleh muatkan segala accessories yang ada.
Casing iPad jangan lupa. Dekat shopee banyak pilihan.
Note : Setiap kali nak beli Barang kat Shopee, aku akan tengok berapa ramai beli, aku jenis suka baca review. Lama weh, spent masa baca review kedai, dan barang nak beli. Lebih lagi nak beli barang electronic macam ni. Kalau ada satu comment yang aku rasa ‘tak best, or ada slack,’ aku terus cari ‘kedai online’ lain sehingga aku berpuas hati dan yakin, then baru aku beli.
Dan aku harap, entry ni dapat bagi idea untuk korang yang nak beli accessories iPad, dengan budget tertentu.

Wow... Niceeee... Pink colour pulak tuuhh... Fuhhhhh... I likeeee
ReplyDeleteHehhe mestilah. Gigih I
Delete