Status sebulan tak update blog dan persiapan raya 2026

Farah
0

Aku yang konon - konon berangan, nak pergi mall or  Event Raya Pop Up, terbantut bila rasa penat, dan nak rehat. Recently bila weekend, dah selesa duduk rumah. Iyelah, sekarang kerja 5.5 days. Tambahan pula, sejak hampir setahun ni memang dah biasakan diri pergi balik kerja, terus balik ke rumah. Sebab tu sekarang, aku lebih prefer beli online. Even persiapan raya pun, ada yang aku beli online. Tak banyak, tapi cukup untuk beberapa keperluan aku menjelang raya. 

Tup, tup esok dah raya korang. Selamat Hari Raya semua.


Status sebulan tak update blog dan persiapan raya 2026
Basically ni baju raya last year. 
Tahun ni, baju aku masih dari jenama Gane Martino. 
Actually dah few years, kami sekeluarga “Setia” beli di butik tersebut. 

Design simple, harga ok. 
Kiteorang masih sedondon raya satu family, kecuali family abang hehe.

Status sebulan tak update blog dan persiapan raya 2026
Ni pun dari Gane Martino. Beli beberapa tahun lepas.. But still ok. Muat lagi.

Cuma jarang pakai, hahhaa. Sebab rasa sayang nak pakai.

By the way, Huda selesa dengan jenama baju Gane Martino ni, sejak 2016. Masa tu first time beli dekat ECM, Kuantan . Ada satu masa, terus promote pada family. Since that la, setiap kali raya beli baju dari butik tersebut.  


Status sebulan tak update blog dan persiapan raya 2026

So ni lah, baju raya aku tahun ni. Warna kuning cair.

Gambar ni adalah gambar pada minggu kedua Ramadan,  kami ambil gambar raya di Studio Setia. 

Status sebulan tak update blog dan persiapan raya 2026
Close up.
Lace dia cantik, look modern dan simple.

Handbag beli dekat Shopee Mall jer. That kasut beli dekat Aeon BDO, last 2 years.


Status sebulan tak update blog dan persiapan raya 2026

Dah sebulan tengok promo, dan post di Shopee. Check out pun awal bulan 3 hari tu. Stock dah nak habis, tapi sempat grab.

A few weeks after beli, ternampak ada orang post dekat Threads, kasut My Ballerine, ada dijual di Midvelly Southkey, JB.

Decide beli design ni, sebab nak match dengan theme, kononnya. By the way, awal bulan 3 hari tu ada Annual Dinner yang bertemakan Traditional.


Aku memang dah few years nak ada heels hitam, sebab masih “berangan” nak nampak tinggi hahaha.

Kali ketiga beli jenama ni tau.


Bila penguguman raya dah dibuat secara rasmi, dan jatuh pada Hari Sabtu, 1 Syawal - 21/3, aku rasa lega. Sebab at least, aku ada masa nak relax sikit, before start tolong masak. Full day of activities semalam, dari pagi sampai malam - prepare bahan masak, kemas sikit lagi, singgah rumah mak ayah sedara, then balik buka, malam sikit barulah sempat basuh sikit perkarangan rumah dengan abah dan adik. Bukan apa actually minggu ni, busy dengan kerja sebelum dan selepas raya. But manage untuk kemas rumah sikit - sikit juga before, like tolong susun kuih, kemas rumah. Thanks untuk rakan sekerja, yang selalu story dia kemas rumah mak dia once dia balik kampung haha. Benda tu macam jadi semangat untuk aku kemas 😆. Dapat vibes kemas dari kau 😝. 


Barang dapur, abah dah beli few days awal. It just semalam pagi - pagi pergi pasar. MashaAllah, aku hampir nak nangis bila tempe daun habis 😭. Penting sangat, untuk Sambal Jawa aku. Maklum tempe daun, lebih sedap dari tempe yang dalam plastic tu. 


Status sebulan tak update blog dan persiapan raya 2026
Beli 6 terus ye, dan ada lain juga.
Gembira beb once dapat, tempe daun tu. 

Status sebulan tak update blog dan persiapan raya 2026
Adik tolong potong - potong bawang, kentang.

Plan masak - Rendang Ayam (Mak), Kari Ayam (Adik), Sambal Pengantin SG, dan Sambal Goreng Jawa (saya).


Status sebulan tak update blog dan persiapan raya 2026

Basically udang, dan pedal tu, abah beli awal. 
Paru, aku tempah dengan jiran dua minggu sebelum raya. 

Resepi Sambal Pengantin SG tu, aku follow resepi tiktok dari orang SG sendiri. Ni link short video (tekan jer). Ada part 1 & part 2.

Untuk first impression ok sikit, kena improve lagi haaha. First time ye buat. 

Ok, sampai sini sahaja nanti Huda sambung tulis lagi di lain entry. 


Status sebulan tak update blog dan persiapan raya 2026





Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !