Tengok Movie Babah di Netflix selepas mereka “menang” besar dalam FFM34 | Assalamualaikum, yup tak asing lagi nama Movie ni dalam Movie perfileman Malaysia. Aku terpanggil nak tengok Movie Babah, dekat Netflix dua hari lepas. Tersentuh, sedih. Ianya menceritakan pengorbanan seorang bapa, menjaga anak perempuan tunggalnya. Biarpun seorang yang kurang upaya (pendengaran), tetapi beliau tetap buat terbaik untuk anaknya. Jujur rasa sedih, bila tengok klimaks Movie Babah di Netflix, mungkin aku terlalu menghayati saat tu, dan dalam masa yang sama teringat pengorbanan mak abah aku.

Sinopsis Movie Babah
Movie Babah menceritakan tentang Isyak (Qi Razali) seorang bapa kepada puteri tunggalnya, Maya (Sweet Qismina). Walaupun Babah mengalami masalah kesihatan, pendengarannya terganggu sedikit ketika itu, beliau tetap bekerja keras, demi menampung keluarganya. Satu hari, di saat berlaku kegawatan ekonomi, Babah yang merupakan salah seorang pekerja yang di terminate. Isterinya, Hayati (dilakonkan oleh Cristina Suzanne), memberi semangat kepada Babah.
Babah mencari kerja di mana sahaja, sehinggalah dia berjumpa dengan seorang tauke kedai jam. Bekerja dengan beliau, bagi menyara keluarga. Dari seorang pekerja professional, kini bekerja di sebuah kedai biasa sehinggalah Babah berjaya mempunyai kedai jam sendiri.
Beberapa tahun berlalu, di saat Maya menginjak dewasa, masa tulah Maya membentak dan tak nak masuk kelas Piano lagi. Saat tula dia bergaduh dengan Babah, hingga Babah jatuh pengsan. Selepas kejadian itu, hubungan Maya dan Babah kembali rapat walaupun mereka sekeluarga bebual dengan Babah dengan isyarat atau tulisan, since Babah dah hilang upaya untuk mendengar saat tu.
Selepas melahirkan anak sulung perempuannya, Maya ditakdirkan mengalami Sindrom Guillain - Barre (GBS). Satu penyakit autoimun, yang menyerang saraf dan boleh menyebabkan seseorang lumpuh. Ditakdirkan Maya lumpuh dari leher hingga ke kaki selepas bersalin. Berbulan Maya di Hospital di jaga dan ditemani Babah. Anaknya dijaga oleh ibu Maya. Manakala suami Maya terpaksa menerima tawaran kerja di Nepal, atas nasihat Babah dan Ibu Maya. Selepas 5 bulan, di hospital Maya kembali sembuh. Sepanjang di hospital Babah la teman Maya, sambil support emosi dan jaga Maya. Ni antara babak - babak sedih.
For more, boleh tengok Movie Babah di Netflix.

linda pun tak tengok lagi...nak kena tengok juga nie
ReplyDelete