Random story - weekend ni bersama family dan kawan | This week tak exhausted tapi struggle sikit sebab tak sihat, dan slowly nak recover. But anyway Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk sembuh. Tapi tak nak cerita lebih, selain update random story jap, since dah lama tak menulis. Menulis tu kira one of my therapy juga 😅.
Jumaat lepas, plan nak balik awal, tapi tak jadi sebab kerja tak siap 😅. A bit sedih, sebab tak dapat join family gathering awal sikit, like normal. Yela memula plan nak jumpa cousin awal sikit. Tapi biasalah, kita hanya mampu merancang, tapi perancangan Allah lagi hebat. Its ok, tapi takpe, sebab kerja so benda tak boleh elak, jadi redah jela 🙃. Tahu - tahu, balik pukul 7pm dan Alhamdulillah ada kawan sekali. Thanks awak teman ✌🏻🙂. Balik je dari kerja, terus siap, solat semua pastu gerak.

Alhamdulillah dapat la jumpa cousin, bebual kejap.
Jumpa next event bulan 12 nanti ✌🏻.
Sabtu - juga kerja macam biasa. So balik tu, memang plan nak jumpa kawan. Last minute juga planning ni, sebab baru tahu yang Bella dan Ibunya, ada buka booth di B5. Jadi benda dah dekat, so kita support.

Nilah booth kedai Bella. Tapi hari ni last day.
Moga urusan Bella dan family dipermudahkan.
Jadi sempatlah sembang kejap dengan dua orang sahabat baik.

Settle semua, balik. 9.15 mlm gerak dari B5. Jammed ye, jalan keluar B5 tu, mujurlah tahu jalan shortcut, jadi kita pun tukar jalan sebab malas nak hadap jmmed.
Before 10pm sampai rumah, dia macam finally home sweet home hahaha.
Ahad pula, join event Road to Jannah. Sign up awal hari tu, so aku ikutlah sebab dah lama tak join majlis macam ni. Jadi sambil join, sambil “healing session” juga rasa time ni. Cuma a bit kecewa, sebab tak ada sesi ceramah dari ustazah, tapi di ganti dengan motivasi. But dapatlah ilmu motivasi tu, Alhamdulillah.

dan ada Amira Othman sebagai artis jemputan.
Cumanya slot Amira, sekejap 30 minit. Sekejap je, tapi oklah dapat tengok dari jauh. Tinggi, cantik, putih.

Gambar Amira Othman paling dekat yang dapat dirakam ✌🏻

Btw, tema event tersebut Palastine - So boleh je pakai baju, hijau atau putih. Terpulang, pentingnya ikut tema.
Aku sampai terbeli la baju kurung baru 😅. Tudung tu mak belanja. So actually pergi dengan mak dan adik - adik.
Ramailah event ni. Dijangka 700++ peserta, tapi Alhamdulillah yang memeriahkan hampir 1000 peserta (maklumat dari penganjur event).
Road to Jannah, rasa macam baru first time buat kat JB. Mungkin next time, kalau dia buat boleh improve lagi.

Balik tu, makan Nasi Arab dengan family.

Oklah not bad. Ramai orang juga time kami makan tadi - around 2pm++.
Kami makan di Restoran Wadi Hana.
Settle semua, balik. Rehat. Esok kerja, bismillah for kerja esok.
No Monday blues please, byeeee.
Sesekali weekend di penuhi aktiviti, selalu dok rumah je hahaha. Dia macam biasalah, back to back rumah dan tempat kerja. Gitulah routine ✌🏻😬.

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.