Tarikan Baru LEGOLAND Malaysia 2025: Build & Race Ferrari Pertama di Asia & Roadshow Pavilion Bukit Jalil | Bagi peminat Lego, ini ada berita menarik untuk anda - Baru - baru ini, Legoland Malaysia bekerjasama dengan salah sebuah jenama kereta terkemuka, iaitu Ferrari. Dengan daya tarikan baru Build and Race Ferrari pertama di Asia yang akan berlangsung secara rasmi pada suku keempat tahun ini, 2025. Oleh itu, Legoland Malaysia secara rasminya telah mengadakan satu event pra - pelancaran di Pavilion Bukit Jalil yang berlangsung pada 12 - 21 September 2025 ini. Para pengunjung dijemput hadir bagi memeriahkan lagi suasana, dan boleh sertai beberapa aktiviti seperti di bawah :-

Master Model Builder Legoland Malaysia - Mr Zariq Mohd Ali
Tarikan Baru di Legoland Malaysia - Build & Race Ferrari
- Konsep: gabungan warisan sukan Ferrari + kreativiti LEGO.
- Aktiviti: bina, uji & berlumba kereta LEGO Ferrari.
Roadshow Pra-Pelancaran di Pavilion Bukit Jalil (12–21 Sept 2025)
- Build & Race zone.
- Latar bergambar Ferrari & podium.
- Maskot Ollie dalam kostum perlumbaan.
- Trivia, hadiah LEGO hingga RM2,000.
- Promosi tiket & pas tahunan (baucar RM300).

Mr Cs Lim - Vice President of Legoland Malaysia, Ms Thila Munasamy - Director Sales and Marketing Legoland Malaysia, together with Master Model Builder Legoland Malaysia - Mr Zariq Mohd Ali.
“Kami amat teruja untuk mengumumkan kerjasama menarik bersama Ferrari ini serta membawa tarikan pertama di Asia ke Johor dan Malaysia. Dengan menyertai rangkaian destinasi LEGOLAND di seluruh dunia yang menampilkan tarikan Build & Race, kami meletakkan Malaysia di peta sebagai sebahagian daripada kisah global ini, sambil mencipta pengalaman luar biasa yang unik di rantau ini. Apa yang pengunjung lihat di Pavilion Bukit Jalil hanyalah sekilas pandang terhadap apa yang bakal tiba, kerana kami sedang bersiap sedia untuk memperkenalkan satu pengalaman luar biasa yang akan membangkitkan imaginasi dan mengeratkan hubungan keluarga,” - Mr Cs Lim - Vice President of Legoland Malaysia

Pelancaran ini hadir selepas setahun penuh pengembangan di LEGOLAND Malaysia Resort, termasuk pembukaan MINILAND Singapura dan LEGO Flower Garden MINILAND pertama di dunia. Semua ini terus mengukuhkan kedudukan resort tersebut sebagai destinasi percutian keluarga utama di Asia Tenggara.
Sedikit info - Kalau nak tahu, dekat MINILAND Legoland Malaysia ni terdapat pelbagai reka bentuk bangunan Dari Lego - contoh boleh refer entry Amazing MINILAND Malaysia (2023) di blog Farah.
Untuk maklumat lanjut, layari Laman Utama LEGOLAND Malaysia Resort atau ikuti kami di Facebook dan Instagram untuk butiran serta pembelian tiket.
View bilik di Legoland Malaysia bertemakan pelbagai Theme, antaranya ada Tema Lego Friends - baca entry ni (2023).
Alamat Legoland Malaysia - 7, Persiaran Medini Utara 3, 79100 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim, Malaysia
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.