Youtube Keluarga dan Lifestyle Harian - Youtuber Indonesia yang tinggal di luar negara

Farah
0
Sebelum aku tulis entry ni, aku baca entry lama aku - entry travel (boleh tekan link kalau korang nak baca story travel saya). Rindu pula kenangan lama, bila baca semula entry - entry tersebut. Assalamualaikum, and hai. So kali ni saja nak share Youtube Channel, dari 2 orang Youtuber yang berasal dari Indonesia. Pada mulanya, aku ternampak youtube suggest video mereka. Aku ni memang sejenis yang suka random click mana - mana video, yang aku rasa tertarik pada tajuk video dia. Bila aku click, dan tonton video mereka, aku jadi suka dan keep tengok random posting mereka.

Youtube Channel itu, adalah Youtube yang niche - nya tentang lifestyle dan kekeluargaan. Selain share tentang perihal harian keluarga, yang bestnya mereka juga ada share tentang resepi. Huda ni jenis suka je tengok orang share resepi, tapi nak buat tu bila nya hai tak taulah ✌🏻.

Youtube Nikmatul Roshida
Pertama - Youtube Nikmatul Rosidah.

Disclaimer - Beliau share tentang kehidupannya di luar negara. Dulu beliau menetap di Hong Kong, kini di Canada. Bila tengok satu per satu video beliau, lahhh baru tahu yang orang sana kebanyakannya suka frozen food. Nikmatul Rosidah juga, kalau masak sekali banyak, memang jenis terus buat frozen food je. Dia selalu kata, nanti anak - anak dia nak makan senang. Tinggal ambil je. 

Aku kadang kalau tak tau nak tengok drama apa, memang aku layan random video dari mereka berdua, atau Youtuber lain.

Tapi dalam entry ni, nak share tentang mereka berdua je. Next, tengok nanti aku nak share siapa lagi dalam keyword - Youtuber pilihan saya (random) di blog Farah, walaupun tak selalu layan video diorg hahaha. 

Youtube Najoon Family
Najoon Family

Disclaimer - seorang lagi Youtuber Indonesia. Kali ni tentang kehidupan Indonesia mix korean pula. Mereka menetap di Korea. But aku suka gila tengok keletah anak - anak mereka, Ji Hu dengan Ji An. Comel! Both comel. 

Dream la ek next travel, hope one day dapat pergi korea (alaaaa berangan, kan tak salah hhaha 😝). Youtube ni dia macam buat aku rasa ter-inspired sikit. Lepas tu dengan si ibu share tentang masakan korea, which aku rasa weh menarik. Mereka juga, ada buat video short travel dan bercuti dekat Korea. Kebanyakan tempat dia bawa, tempat yang sesuai bila bawa budak - budak. Mungkin kalau korang ada anak - anak dan plan nak ke Korea, boleh try tonton vlog Najoon Family.

Aku memang sejenis suka, tengok vlog yang ada aktiviti bersama kawan, atau keluarga. Tu one of theme specific, yang aku sendiri akan dok click random vlog di Youtube.  Lagi lah umur dah tua gini, memang mood tu ke situ la kan, walaupun belum ada rezeki nak ada family sendiri, but one day ah mana tau. Eh hahaha. Tujuan share youtube mereka, aku nak ajak ramai - ramai yang baca entry ni, terpanggil untuk terjah dan tengok vlog mereka. Githuuuu

Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !