Sekilas update - yang rajin bawa bekal pergi office sekarang

Farah
0

Sekilas update - yang rajin bawa bekal pergi office sekarang | Kemahen tajuk. But Hye, Assalamualaikum. Lama tak update blog, dan kita update jela current story ek. Sekarang agak rajin bawa bekal, atas sebab dapat vibes dari member yang selalu bawa bekal hihi. Cuma, selalu bawa bekal simple jela tapi.

Sekilas update - yang rajin bawa bekal pergi office sekarang
Walaupun kat kantin ada makanan free, tapi aku tetap bawa lauk sendiri kalau rajin. Well kadang masak, kadang bawa bekal yang mak masak, kadang beli (tapau, beli dari pagi atau order grab). Kalau tak rajin, memang makan je apa ada kat kantin.

Tips nak mudah bawa bekal - masak belah malam (tips dari kawan), atau bangun seawal pagi dan masak, tapi prepare bahan tu malam. Bila masak pagi tu, just tinggal campak - campak dan siap ✌️.

Sekilas update - yang rajin bawa bekal pergi office sekarang
Nasi Ambeng ni, oklah not bad. Few time repeat. 

Ini cerita yang kalau malas masak, beli jer. 
Selalu beli pagi, kalau rasa rajin singgah gerai akak tu. 

It just gerai tepi jalan, yang jual makanan vendor juga. Harga kat sini semua bawah RM10. Jarang beli kuih, sebab harga kuih sekarang tak marhaen ekkk ✌🏻.
Sekarang kalau terasa nak beli, aku akan beli makanan yang buat aku rasa kenyang dan berbaloi. 

Sekilas update - yang rajin bawa bekal pergi office sekarang
Since dah few month tak makan Chicken Rice Shop, so hari tu kita order dekat grab. 

Order grab, time terasa nak makan. Yelah, harga dekat grab sangat tak marhaen dah sekarang ✌🏻.

Now dah tahu tips (baru tau, lerrrr kesian 🤭) - tips order makanan awal dekat grab dan pilih timing. Benda ni sangat berkesan, makanan pun sampai on time. Since pernah terjadi, konon hari tu nak order Nasi Kerabu  dlm 11am lebih, tapi ehhhh tiber kedai tu tutup kejap order online time tu. Reason mereka, order terlalu banyak masa tu. Iye faham, sebab peak hours. 

Jadi sekarang, kalau aku nak order grab, aku selalu akan order dalam pukul 10.30am, dan set timing untuk dia hantar pada pukul 12pm-12.30pm. Makanan sampai on time. Dapat lerrr makanan yang kita carving tu.

Lama tak makan luar, since sekarang aku tengah mood untuk berdamai dengan diri lagi. Tiber la ek! Haha. Tapi betul. Sebab sekarang Alhamdulillah jumpa ketenangan ituuuuu =D .

Current update life tiberrrr hahaha
Kerja sekarang ok jer. Alhamdulillah. Cuma jadual kerja agak pack pada waktu pejabat, tapi masih ada time untuk bertenang after work. 
Kalau dulu banyak kerja luar, sekarang memang kerja dalam office jer but  its ok.

Perbezaan yang kena banyak kerja luar, dengan memang kerja dalam office. Aku pilih, kerja dekat office. Sebab bila banyak kerja luar, kita akan terkejar - kejar waktu kerja. Dulu aku kerja bidang transportation, yang memang memerlukan ke sana sini, since aku di bawah department Operation dan Maintenance. 

But thanks kepada pengalaman itu. Rindu kerja, rindu nak rehat dgn kengkawan, tapi tak rindu environment situ HAHA. 

Pengalaman kerja lepas
Throwback sikit.
Dulu inilah tempat untuk saya rasa “healing” kejap, time office hour. Semasa perjalanan pergi dan balik ke sini, sambil dengar lagu dan tengok pemandangan sekeliling. Kadang singgah solat zuhur kat sini. Kalau singgah time lunch tu, makan dulu. 2pm baru naik office kastam. 

Makanan kat kantin kastam, dulu harga dia agak murah. Sekarang, tak tau. 

Jujur cakap, selepas saya tersesat jalan nak pergi ke Cafe area Bandar, terus saya tak singgah dah mana - mana Cafe waktu lunch hour (if ada urusan di bandar) 😅🙈. Pergi sini just untuk kerja je. Dia macam dah insaf lepas sesat jalan sekali dua tu. Sebab tu, suka makan dulu baru pergi kastam 😅✌🏻. Lagi pun, bila dah kenyang baru hati senang nak buat kerja.

Takde lah suka kerja luar sangat, tapi dah kerja. Kita buat je. Setiap kerja ada cabaran tersendiri. Antara cabaran kerja luar masa tu (beberapa tahun kebelakangan), paling stress kat sini sebab nak cari parking je. Tips sekarang kalau pergi City Sqaure tu, parking dekat Mall sebelah. Sebab sini agak susah nak cari parking. Pusing 5,6 kali, baru jumpa. Aku sampai dah hafal timing apa yang ok nak cari parking kat CS ni. Pagi before Mall buka, waktu sesuai nak parking kat CS.  Pernah lerrr parking kat luar kawasan bangunan kastam tu, pastu kena saman RM250. Hadoi. Taubat dahhhh.

Parking luar near kastam yang berbayar ada, tapi tu semua penuh. Pernah je try. Cerukkk mana je yang aku tak pernah try untuk tak bayar parking haha. Selepas kena saman beberapa tahun lepas, insaf dah. Tu yang aku selalu parking CS, walaupun stress time nak cari parking. Masa tu, tak terfikir nak parking kat Mall sebelah. Currently lah aku rasa susah nak cari parking kat CS. Aku syak orang kerja SG parking situ. Sebab yela, aku beberapa kali juga pergi pukul 8.30am sampai situ, time tu je dah hampir penuh parking, area jalan keluar ke CIQ. Kalau pergi pukul 10-11am, or after lunch hour yang ni laaa time time, kena tawaf beberapa kali ye untuk cari parking. 

Pergi pagi, kena cari jalan luar yang boleh tembus ke CIQ, ada. Tingkat 2. Cuma kadang tulah, dapat parking dekat, kadang jauh.

2 jam lebih memang habiskan waktu dengan pergi dan balik, termasuk settle urusan kerja, kat sini je weh. Tu baru cerita parking, belum cerita pergi balik hadap jammed hahhaa. But dah kerja, mana boleh mengeluh. Redah jela ✌🏻. Ini lepas resign baru rasa nak share tau . Biasalah setiap kerja kan, ada rencah kehidupan tersendiri. Sama macam diri kita yang kadang ok, kadang tak ok. 

Cumanya, aku jenis memang takkan share benda benda personal sangat di sini bagi menjaga aib sendiri, dan orang lain. Aku terasa, bila orang cakap everything aku akan update kat blog. Baca blog kita pun tidak, dah judge. Eh dia ni kang ha 😒. Lama dah sis simpan geram ekkkk, dengan kenyataan macam ni 😒. Kita blog since zaman sekolah, macam - macam kita hadap. Blog, belajar, dan kerja, adalah berbezaaaaa. Blog is blog. Belajar is belajar. Kerja is kerja, githuuuu ye wakkkk 😏. 

Kesimpulannya, just cuba buat yang terbaik. Berdamai dengan diri, lagi tenang. 
Githuuuu.

Eh tiber jadi diary sekilas dari Huda. 






Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !