Pengalaman menonton Teater Harimau Johor di Tanah Jauhar

Farah
1

Assalamualaikum. Pertama kali menonton Pementasan Teater Harimau Johor di Tanah Jauhar sangat mengagumkan. Pada 24 May 2024 yang lepas, Huda dan kawan blogger/media yang lain berkesempatan untuk menonton Pementasan Teater Harimau Johor di Tanah Jauhar, yang bersiaran di Dewan Auditorium JOTIC Johor Bahru.


Teater Harimau Johor di Tanah Jauhar
Poster Rasmi Teater Harimau Johor - Jauhar Tanah Permata.

Tanah Jauhar
Jauhar merupakan juga nama bagi Negeri Johor. Jauhar, berasal dari Bahasa Arab yang bermaksud “Permata Berharga” atau “Intan”. Dahulu, Pedagang Arab yang datang ke Johor berdagang rempah, memanggil Johor, Jauhar yang bermaksud “Batu Permata” - Sumber.

Tarikh, Tempat dan Waktu Pementasan Teater 

Tarikh Pementasan Teater Harimau Johor di Tanah Jauhar - pada 24 & 25 Mei 2024 yang disiarkan secara langsung di Dewan Auditorium JOTIC Johor Bahru. Ianya berlangsung selama 2 jam. 

Pengalaman Farah menonton Teater Harimau Johor di Tanah Jauhar
Salah satu gambar yang sempat dirakam, semasa Teater sedang berlangsung.

Gambar ini menunjukkan suasana aman dan damai, tanpa kekacauan yang dibuat oleh Lanun dan kuncu - kuncunya.

Seorang pengawal di Pengerang pun ada juga ketidakpuasan hatinya. Kenapa dia tak puas hati? Dengan siapa?

Sinopsis Teater Harimau Johor di Tanah Jauhar
Teater Harimau Johor di Tanah Jauhar, menceritakan tentang  Era Pemerintahan Almarhum Temenggong Daing Ibrahim, dan Kerajaan Johor masih di Teluk Belanga. Cerita yang mengisahkan pertembungan antara Pihak Pemerintah yang berkehendakkan keamanan, kemakmuran, dan kemajuan . Pihak Lanun pula, inginkan kebebasan dengan menindas dan tidak berperikemanusiaan. 

Nong Mutalib (Harimau Johor), Pahlawan yang di hantar Pengerang untuk menjejak keberadaan Mat Derus dan kuncu - kuncunya di Perairan Johor. Siapakah Pahlawan Pengerang yang tidak senang dengan kehadiran Harimau Johor? Cerita tentang cinta, dan perjuangan antara dianiaya dan teraniaya. Siapakah dan apakah puncanya?

Watak Utama

Teater Harimau Johor di Tanah Jauhar

Hairey, sebagai Nong Mutalib (Harimau Johor) 
Azrul Syafiq, sebagai Labek  
Nurul Khairulnnisa, sebagai Melur
Haziq Zufayri, Sebagai Mat Derus

(Kesemua ini merupakan pelakon Teater dari Gerak Teater Johor).

Nong Mutalib (Harimau Johor)
Nong Mutalib merupakan seorang Pahlawan Johor yang diberi gelaran “Harimau Johor” oleh Temenggong Ibrahim. Beliau merupakan seorang Pahlawan Johor yang berasal dari Pengerang, Johor. Keadaan di Pengerang aman dengan kehadiran beliau, kerana beliau merupakan seorang yang perkasa dan berani. Walaubagaimanapun, kehadiran beliau di cemburui oleh seorang Pengawal Pengerang, Labek. 

Teater Harimau Johor di Tanah Jauhar

Nong Mutalib ditugaskan untuk menjejak keberadaan Mat Derus dan kuncu - kuncunya.

Teater Harimau Johor di Tanah Jauhar

Labek - Pengawal Pengerang.

Dalam Teater tu Labek digambarkan cemburu dengan kehadiran Harimau Johor, Nong Mutalib.

Pengalaman Farah menonton Teater Harimau Johor di Tanah Jauhar


Tengok tu, si Labek tak puas hati dengan Nong Mutalib. Haisyh, geram pula kita dengan si Labek ni tau.

Korang rasa, siapa menang?
Kan, dah tentu - tentulah Nong Mutalib (Harimau Johor), seorang Pahlawan yang berasal dari Pengerang, Johor. 

Teater Harimau Johor di Tanah Jauhar
Mat Derus seorang Lanun yang kejam!
Seorang Lanun yang membuat kekecohan dan kekejaman di Negeri Johor terutama di Mersing dan Teluk Ramunia. 

Teater Harimau Johor di Tanah Jauhar

Watak melur mengambarkan seorang wanita yang cantik, baik budi pekerti, dan digilai juga oleh Labek. Kehadiran Melur, yang juga sebagai watak utama merupakan bakal isteri kepada Nong Mutalib. Hal ini dicemburui oleh Labek. 

Sudahlah Nong Mutalib merupakan seorang Pahlawan. Inikan pula mahukan kekasih hatinya, Melur. Lagi lah geram si Labek tu.

Melur juga dikhianati oleh rakan karibnya sendiri (perempuan, tapi lupa namanya). Part tu, Huda geram juga, sedih pun ada 😭. 

Pengalaman Farah menonton Teater Harimau Johor di Tanah Jauhar
Akhirnya Mat Derus dan kuncu - kuncunya dapat dikalahkan oleh Harimau Johor, Nong Mutalib.

Dan TAMAT sudah, Pementasan Teater Harimau Johor di Tanah Jauhar.

Dengar cerita, hari pertama sahaja ticket dah SOLD OUT. Wah! Menarik.
Harap ada lagi pementasan teater di lain hari.

Pengalaman Farah menonton Teater Harimau Johor di Tanah Jauhar
Ticket pun RM25 sahaja.

Pengalaman peribadi bila menonton Teater Harimau Johor di Tanah Jauhar

Secara peribadi, Huda suka dengan pengambaran teater ini. Teater ini mengambarkan kesakteriaan Nong Mutalib, yang juga digelar sebagai Harimau Johor. Paling geram dan annoying dengan Labek. Sebab dia rasa dia yang paling hebat. Tak sangka, kawan baik Melur rupanya berpura - pura baik dengan Melur. Tapi pada akhirnya, dia mengkhianati Melur dan bersekongkol dengan Lanun - Mat Derus. Padahal Melur tu baik kot dengan dia 😭. 

Walaupun Teater ini berlangsung selama 2 jam, tapi pada Huda ianya menarik. Teater ini bukan sahaja menceritakan tentang sejarah Johor dan kesatriaan Harimau Johor (Nong Mutalib), malah bila tengok teater ni macam - macam perasaan timbul - rasa berdebar, sedih, gembira, lawak pun ada. Teater ini juga bertambah menarik, apabila adanya element musical (yang dipersembahkan oleh Tarian Alif). Kira tak bosan bila tonton teater ni.

Pengalaman Farah menonton Teater Harimau Johor di Tanah Jauhar

Pengalaman Farah menonton Teater Harimau Johor di Tanah Jauhar

Pengalaman Farah menonton Teater Harimau Johor di Tanah Jauhar

Antara gambar yang sempat Huda snap masa pementasan teater tersebut.

Pengalaman Farah menonton Teater Harimau Johor di Tanah Jauhar
Sementara tunggu panggilan masuk, kami duduk dan lepak di sini dulu . Barner yang disiarkan di ruang legar perkarangan utama - JOTIC JB

Pengalaman Farah menonton Teater Harimau Johor di Tanah Jauhar
Sementara tunggu lagi, kita bergambar jap.

Pengalaman Farah menonton Teater Harimau Johor di Tanah Jauhar
Selfie pula hehe ✌️.

p/s - Gambar from Sislin.
Poster dari laman Rasmi Teater Harimau Johor di Tanah Jauhar.

Kalau ada gambar yang gegar tu, maaf ye. Sebab kita zoom dari atas 🙈.

Apa pun, thank you for the opportunity sebab dapat tengok this Teater Harimau Johor di Tanah Jauhar.



Post a Comment

1Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !