Renew Roadtax Secara Online di Portal Myeg

Farah
1

Renew Roadtax Secara Online di Portal Myeg | Assalamualaikum. Sejak Februari 2023, tidak lagi diwajibkan untuk tampal roadtax, atau Lesen Kenderaan Motor (LKM) di cermin kereta. Hal ini telah diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke pada Februari 2023 (rujuk sini untuk berita penuh). Tapi kalau masih nak tampal roadtax fizikal pun boleh je. 


Cadangan kalau tak tampal roadtax di cermin kereta:- 

1. Download app myJPJ.

2. Screenshot roadtax/LKM kereta di aplikasi myJPJ, dan save dalam gallery. Atau boleh printkan, screenshot roadtax tersebut. Bukan apa, takut - takut tiba - tiba tak ada line, atau phone kehabisan battery jadi kita ada bukti yang kita dah renew roadtax.


*dibawah ini nanti, Huda akan share cara nak semak roadtax secara online di aplikasi myJPJ.


Cara untuk Renew Roadtax secara online di Portal Myeg

Akhir bulan 9 hari tu, huda renew roadtax secara online di laman web/Portal Myeg. Sangat senang. Cara nak renew roadtax online seperti di bawah :-


Renew Roadtax Secara Online di Portal Myeg
Buka Portal Myeg/ Laman Web Myeg - https://www.myeg.com.my/

Jika belum ada account di Myeg. Signup (daftar) dulu. 
Kalau dah ada, boleh terus log in.

Renew Roadtax Secara Online di Portal Myeg
Bila dah Log in, ini dashboard utama di Portal Myeg.

Tekan pada kotak JPJ itu, untuk buat urusan renew roadtax. Nak renew lesen pun boleh di Myeg.

Renew Roadtax Secara Online di Portal Myeg
So basically dekat Portal Myeg ni, you guys boleh buat pelbagai jenis urusan secara online termasuk renew roadtax, dan renew lesen.

Tekan pada “Renewal Roatax”, untuk teruskan urusan renew Roadtax.
Di page situ, boleh pilih sama ada nak renew roadtax kereta atau motor. 

Masukkan segala details yang dikehendaki, dan buat bayaran secara online.
Bila dah selesai buat bayaran, kira dah settle kerja renew Roadtax secara online. 

Mudahkan?

Ok di bawah ni pula cara nak check, betul ke dah renew?


Cara nak access/check Roadtax di Aplikasi myJPJ

Untuk pengetahuan, di Portal myJPJ ni tak boleh nak renew roadtax. Just boleh check je. Caranya?

1. Download Aplikasi myJPJ di telefon bimbit you guys.
2. Daftar sebagai pengguna di Aplikasi tersebut. Jika dah daftar, sign in sebagai pengguna.

Cara nak access/check Roadtax di Aplikasi myJPJ
Aplikasi myJPJ, boleh download di App Store, atau Google Play Store. 


Cara nak access/check Roadtax di Aplikasi myJPJ
Bila buka jer, akan keluar di dashboard utama macam ni. 

Kemudian, tekan pada Semakan Lesen Kenderaan Motor (LKM)/ Roadtax.

Nanti di situ, dia akan terus paparkan Insurance dan Roadtax yang kita dah renew secara online tadi. Siap ada tarikh active terkini. 

Mudah kan?

Selamat mencuba =D



Post a Comment

1Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Syaa pun sekarang guna myeg je. buat online sendiri. Lepas tu akses guna myjpj. Tak amik stiker dah. Mudah

    followed here #2972

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !