Throwback - Bermalam di Hotel Seri Malaysia, Kuala Terengganu dan singgah Pasar Payang

Farah
0

Assalamualaikum, hai you guys. Masuk kali ni, baru kali kedua huda ke Kuala Terengganu. Pertama dulu dengan bff, ke sini dulu untuk buat assignment. Kedua ni, bercuti dengan family. So let’s throwback. Untuk entry bercuti ni, huda just specific few tempat yang kami dah pilih. Percutian ini pada bulan August 2023. Cut it short, lepas 2 episode tersebut (hotel hunting), finally kami stay di Hotel Seri Malaysia, Kuala Terengganu. Actually first time stay di hotel Seri Malaysia. First impressions for me ok, bersih and nice one. 


Hotel Seri Malaysia, Kuala Terengganu


Nota : Huda akan story cerita hotel hunting di akhir entry ni ✌️. Ya Allah kalau nak ingat tu…But Alhamdulillah Allah permudahkan.

Ok continue with the story. Sampai Hotel Seri Malaysia, Kuala Terengganu menghampiri pukul 10 malam macam tu. Mujur ada bilik kosong, so kami sekeluarga terus check in, solat, rehat dan tidur.


Hotel Seri Malaysia, Kuala Terengganu

Hotel Seri Malaysia, Kuala Terengganu


Hotel Seri Malaysia, Kuala Terengganu

Keadaan family room.
Kami ambil 2 katil besar. 
Bilik air dia tak besar, but ok.

Keadaan perabut dia, lama punya tapi pada huda ok.
Kami stay 2 malam di situ.
So far Alhamdulillah ok.

Hotel Seri Malaysia, Kuala Terengganu
Sarapan hari kedua di Hotel Seri Malaysia

Hotel Seri Malaysia, Kuala Terengganu

Sarapan hari ketiga di Hotel Seri Malaysia.
Nak bagitahu, yang taste dia not bad.
Berasa.

Mee Sup dia sedap. Lah Tiber teringat 😅.


Hari kedua - Pergi ke Pasar Payang, Kuala Terengganu
Pasar Payang merupakan salah sebuah tempat shopping yang popular di kalangan penduduk Terengganu, mahupun luar Terengganu seperti kami. Di sini terdapat pelbagai jenis kain batik yang dijual, dengan berbeza corak, kain, dan harga. Bukan tu je, kain songket pun ada dijual di sini. Makanan - makanan ringan popular pantai timur, seperti keropok kering, dan pelbagai lagi di jual di sini. Eh serious rambang mata ye.

Pasar Payang, Kuala Terengganu
Got mine.
- kain batik untuk buat baju kurung
- baju kelawa corak batik
- keropok untuk kawan - kawan office

Ni pun kira, nafsu masih terkawal. Sambil beli barang, sambil kira budget 🤣.


Pasar Payang, Kuala Terengganu

Pasar Payang, Kuala Terengganu

Pasar Payang, Kuala Terengganu
Pasar Payang yang baru.

Beberapa gambar yang sempat dirakam, ketika huda berada di sana.

Kedai Emas, kedai baju banyak sangat, kedai jual keropok kering, kedai jual jajan (cikedis), dan makanan ringan yang lain. Banyak sangat pilihan.

Memang rambang mata ye.

For info, Pasar basah (ikan, udang, ayam, etc etc) pun ada dekat belah belakang sekali.

Pasar Payang, Kuala Terengganu
Ni bangunan Pasar Payang yang pertama, sedang di dalam renovation lagi.

Dulu beberapa tahun lepas, masa study pergi sini. Masa tu 2015 ke 2016 macam tu.


Masjid near Pasar Payang
Masjid Putih Zainal Abidin
p/s - masa ni kami lalu sini. So ambil gambar dari dalam kereta. Maklum datang sini je teringat kisah time masa study, pergi dengan kawan - kawan baik and satu group assignment (Ummi, Azu, Fyna). So like memang teringat pun tau once jejakkan kaki untuk kali kedua bila berada di Kuala Terengganu ni. Ya Allah rindu pula kenangan dengan kawan - kawan baik I tu, eh teringat hahaha. 

Cerita hotel hunting
Nak pesan baik - baik kalau book dekat booking.com tau. Adik huda dah kena scam. Masa pergi Kuantan elok Alhamdulillah book homestay. Mungkin bukan rezeki nak duduk homestay, tapi itulah a bit dissapointed juga. Sampai malam, nak cari hotel kan pun agak payah. Jadi last - last tu decide untuk stay di Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu. Mujur ada family room tu. Alhamdulillah, ok and huda recommend dekat korang untuk stay situ.

Andai book homestay owner tu bagitahu yang dia nak check itu ini, and cakap macam entah apa - apa and sangat meragui jangan teruskan. Cancel terus and call bank nak buat cancelaation transaction, jangan lupa buat report polis juga untuk lebih memudahkan process.

Ada lagi story di Kuala Terengganu, to be continue.



Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !