Cerita Melayu Klasik yang diterbitkan oleh Seniman Agong Tan Sri P Ramlee

Farah
0

Assalamualaikum. Siapa yang tidak kenal dengan Tan Sri P Ramlee, salah sebuah nama yang cukup besar di dalam Industri Tanah air. Cerita Melayu Klasik dilakonkan dan diarahkan oleh beliau, tidak luput dek zaman. Sehingga kini, cerita - cerita melayu klasik beliau masih lagi disiarkan di kaca - kaca televisyen kerana masih dapat sambutan. Huda sendiri kalau ternampak cerita Tan Sri P Ramlee disiarkan je, mesti huda tak lepaskan peluang untuk menonton filem atau cerita melayu tersebut, kerana cerita melayu klasik beliau terdapat unsur serious, lawak jenaka, dan ada juga unsur nasihat yang diselitkan. Dari segi jalan cerita sangat smooth, hingga kalau penonton tengok acap kali pun tak bosan. Kadang sampai dah hafal dah. Setiap dari kita mesti ada salah satu cerita melayu klasik Tan Sri P Ramlee yang kita minat kan?


Sedikit Latar Belakang Tan Sri P Ramlee. Tan Sri P Ramlee, atau nama sebenarnya Taeku Zakaria bin Teaku Nyak Puteh merupakan seorang penyanyi, pelakon, pengarah, pemuzik, dan penulis lagu. Beliau mendapat pendidikan awal di di Sekolah Melayu Kg Jawa (kini dikenali sebagai SK P Ramlee), sebelum ke Sekolah Francis Light di Penang. Ketika Peperangan Jepun, beliau telah menyambung pelajaranya di Japanese Navy School dan disitulah beliau belajar tentang Musik. Beliau dianugerahkan "Seniman Agung Negara" kerana jasanya dalam Industri Filem, Musik dan hasil sasteranya sangat besar. Karya beliau bukan sahaja dikenali di Malaysia, malah turut popular di Brunei, Hong Kong, Indonesia dan Jepun juga. 


Permulaan karyanya bermula apabila bakatnya dikesan oleh Pengarah BS Rajhans yang menawarkannya untuk menyertai Malay Filem Production (MPF) sebagai penyanyi latar, setelah Tan Sri P Ramlee menjuarai Pertandingan Nyanyian anjuran Radio Malaya. Nama P Ramlee diberikan oleh neneknya kerana kesukaran memanggil nama Teaku Zakaria pada ketika itu (rujukan). 


Antara karya - karya agong beliau yang masih huda ingat, Anaku Sazali (1956), Antara Dua Darjat (1960), Masam - Masam Manis (1965), Bujang Lapok (1957 - 1961), Tiga Abdul (1960). Sepanjang hayatnya beliau telah mengarang sebanyak 250 lagu dan 30 lagu dinyanyikan sendiri oleh Tan Sri P Ramlee. Beliau telah mengarahkan sebanyak 30 filem atau cerita melayu dari 66 filem yang diterbitkan oleh beliau sendiri. Beliau juga berjaya menerima pelbagai anugerah hingga mendapat pengiktirafan antarabangsa seperti Pelakon Lelaki Terbaik Asia Pasifik Ke-4 Tokyo melalui filem Anakku Sazali, Jepun dan mendapat Anugerah "Most Versatile Talent" di Asia Pasifik ke 10 Tokyo, Jepun melalui filem Ibu Mertuaku. (rujukan)


Beliau telah meninggal dunia pada 27 Mei 1957 akibat serangan jantung. Pemergiannya amat memberi kesan pada Industri Tanah Air kerana jasa beliau pada Musik dan Filem Melayu sangat besar.


Cerita Melayu Klasik Tan Sri P Ramlee

Bagi yang nak menonton karya - karya Agong Cerita Melayu Klasik Tan Sri P Ramlee, boleh terus ke channel Youtube - link.

Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !