Beli lagi barang makeup

Farah
2
Assalamualaikum. Hai. Semalam huda berkesempatan singgah Watson untuk restock few things. Alang - alang tu beli compact powder sekali, since dah habis. Walaupun tak reti makeup sangat, tapi still barang makeup tu still ada dekat bilik 😅🙈. Dah ada mesti kena pakai, kalau tak membazir duit je beli.

beli lagi barang makeup

Ni semalam beli.
Sanggup ajak adik pergi Watson, semata nak beli compact powder. Memang kena beli, since dah habis.

Yang compact powder ni, huda guna dah bertahun lamanya 😅. Start tahun bila guna dah lupa. 

Untuk bedak compact, huda pilih code natural (03), since itu yang sesuai dengan kulit muka I. 

Terbeli juga concealer, since tak ada kat rumah. Mungkin boleh dikatakan basic makeup tu dah lengkap ada, cuma tak pakai semua kalau pergi office pun.

Tips beli concealer - pilih yang gelap sikit dengan tona wajah kita. Contoh - huda pilih code medium, gelap sikit dari tone wajah huda. 

Pada huda, makeup dan skincare ni something yang kena try and error. Berapa harga untuk setiap makeup, follow budget masing - masing. Makeup pun ada yang sesuai dan tak sesuai. Jadi untuk beginners yang nak beli makeup, huda suggest sangat you survey first. Beli makeup yang sesuai dengan kulit wajah kita.

Contoh, jika kita mempunyai kulit sensitive, agak sukar sebenarnya nak pilih makeup, atau skincare. Sebab tu pada huda, makeup ni you kena try and error beli.

Huda sendiri ada beberapa jenama makeup, yang tak sesuai dengan muka huda. Bila pakai tu, gatal. Terutama kalau pakai foundation. Sebab tu kot, dulu huda jarang pakai makeup. Sampailah huda cuba foundation Wardah ni, dan huda rasa sesuai. Cuma Wardah ni texture dia ringan, dan pada huda tak memberikan hasil matte sangat. Huda suka, sebab boleh pakai daily dan yang paling penting, kalau apply dekat muka huda tak rasa gatal (memandangkan huda ada sensitive skin).

Foundation Wardah ni light tau. Lepas tu dia ringan. Tak tahu macam mana nak explain 😅✌️🙈. Huda suka sampai sekarang, hari - hari huda pakai. 

beli lagi barang makeup
 Inilah la Foundation Wardah yang huda guna so far.
Sebenarnya, huda suka Maybelline, tapi Saja nak try tu last year beli.

Cukup lah satu, since I bukan jenis makeup sangat.

Tips beli foundation- beli ikut tona kulit kita (yang tone foundation tersebut, dekat dengan tone kulit wajah kita).


Pengalaman beli shade foundation yang salah - Masa awal beli dulu (beberapa tahun lepas), huda ada pengalaman salah beli foundation. Masa tu, huda terbeli foundation yang satu tona gelap dari muka huda. Bila apply foundation tersebut dekat muka, rasa macam asal lain ekkk muka aku pakai foundation ni? Nampak kelabu pun ada 😅. So what I did was, huda bagi foundation huda tu, pada adik. Ok settle masalah. Dari situ, huda pilih foundation yang dekat dengan kulit wajah huda (more kepada shade cerah, atau ambil yang medium). 

Pemilihan makeup yang sesuai dengan kulit wajah ni penting. Jika kita baru nak beli, and tak tahu shade warna yang sesuai dengan kulit wajah kita. Kita boleh je tanya beauty consultant, atau staff yang bekerja di situ. Mereka akan memberi cadangan, dan kita perlu buat keputusan untuk beli shade mana yang sesuai dengan tona wajah kita.


Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. kita tak pandai guna foundation jenis liquid., so beli jenis cushion je

    ReplyDelete
  2. Saya pun selalu cuba yang laun, tapi sesuai dengan revlon dan maybelline sahaja

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !