7 Laman Web atau app untuk tonton Drama Melayu Online

Farah
0

Assalamualaikum. Bila sibuk tu, nak menonton television pun tak sempat. Tapi sekarang ni banyak sangat pilihan Laman Web yang SAH untuk tonton drama atau movie melayu. Entry kali ni, huda nak kongsikan beberapa Laman Web yang SAH untuk tonton Drama Melayu. Jadi kalau tertinggal nak tonton drama melayu pukul 7pm dekat TV3, atau drama pilihan lain pun, tak ada hal.


7 Laman Web Tonton Drama Melayu

7 Laman Web atau app untuk tonton Drama Melayu Online. 


1. TONTON

Tonton merupakan Laman Web Media Prima. Dengan Tonton you guys boleh layari drama, atau movie secara streaming. Ianya ada yang percuma dan ada yang kena bayar.


Untuk menjadi VIP TONTON subscription fees paling murah sebanyak, RM9.90/month. Manual renewal. Bermaksud setiap bulan you guys kena subscribe. 


2. RTM Klik

RTM Klik merupakan Laman Web dari RTM. Di RTM Klik you guys boleh menonton drama - drama Melayu di situ secara percuma. Tiada apa - apa subscriptions fees dikenakan.


Boleh layari RTM Klik dilaman web atau di apps RTM Klik. Boleh download Apps di Google Play Store mahupun di Apple Store.


3. iqIyI

iqIyI merupakan sebuah laman web based dari Singapore . iqIYI menyajikan beberapa drama melayu, dan drama lain pilihan terkini, dari Asia (termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand, dan Korea).


Untuk subscription fees ni, RM11.90/month paling murah. Kalau untuk first timer RM6.90/month.


Boleh layari laman web atau app iqIYI.


4. Disney+ Hotstar Malaysia 

Disney+ Hotstar Malaysia merupakan sebuah laman web dari Astro Go. Bermaksud, banyak drama melayu yang ditayangkan di sini boleh dilayari. Selain drama melayu, seperti cartoon dan lain - lain drama atau movie juga, ada ditayangkan di sini.


Untuk layari Disney+ Hotstar Malaysia, kena ada account astro dan langgan Disney+ Hotstar. Hanya boleh 2 account je yang buka, dalam satu masa.


Disney+ Hotstar Malaysia, boleh tengok secara streaming di kaca television, app dan laman web mereka.


5. Netflix

Netflix merupakan sebuah laman web dari Amerika. Umum tahu Netflix merupakan antara salah satu laman web streaming yang terkemuka di serata dunia (worldwide). Malahan di Neflix boleh layari drama melayu, Indonesia, Thailand, Korean, Western dan banyak lagi. 


Untuk tonton streaming movie dan drama melayu, mahupun drama dari serata dunia yang lain - boleh tonton online, atau di laman web dan app Netflix.


Untuk fees subscription individual- RM28/1device. 


Dan standard family subscription- RM45/2 device (tambah RM13/device. Meaning untuk 3orang = RM45+RM13)


Untuk more info boleh layari laman web - https://ringgitohringgit.com/saving-money/netflix-price-malaysia/#google_vignette


6. Sooka 

Sooka juga merupakan salah sebuah laman web yang boleh tonton drama melayu terpilih secara online. Bukan itu sahaja, dengan Sooka you guys boleh tonton movie movie dari Southern Asian. 


Untuk more info - Click to read more about Sooka.


Boleh layari Sooka di Smart TV dan app Sooka di google play store atau App Store.


Subscription fees - RM15++ paling murah.


7. YouTube

Terdapat beberapa channel rasmi television yang upload drama - drama melayu di YouTube. Tapi dekat YouTube ni normally banyak drama lama.


Huda pernah tengok drama Melayu yang di upload oleh account rasmi - DRAMA SANGAT (TV3) di sana. Tapi kalau nak tonton drama terkini TV3, disarankan untuk tengok di TONTON.


Sebenarnya ada few lagi laman web atau app yang kita boleh tonton secara online. Nak tengok drama melayu pilihan pun ada. Tapi kena subscribe untuk menonton drama. 

Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !