Cara buat Maggie goreng dengan mudah

Farah
0

Assalamualaikum, Hai. Perasan tak, kita as Asian mesti nak ada Maggie at home. At least 1pack is enough. Ye! Maggie ni adalah makanan yang mudah untuk dimasak, sedap, dan ianya merupakan citarasa orang Asia macam kita. Terpaling best, for me is Maggie Kari. Even Maggie Kari tu, boleh dibuat dengan pelbagai jenis hidangan. Walaupun ada pelbagai perisa dah dikeluarkan, yang original tetap tak boleh lawan yang lain kan?


Hidangan Istimewa dan mudah dengan Maggie.


Resepi Maggie yang huda suggest ni, of course Maggie Kari from Maggie. 


1. Masak macam tu jer (3in1 version)

Maggie ni merupakan makanan 3in1. Istilah 3in1, adalah hidangan yang hanya perlu dibuat dalam masa beberapa minit sahjaa, lepas tu you guys boleh makan macam tu je, dah sedap. 

Paling mudah having maggie cup or pack maggie tu - just rendam maggie bersama perencanh yang disediakan, dengan air panas. Tunggu dalam masa beberapa minit, dan sedia untuk dihidangkan. Biasanya ni style orang pergi travel, atau student style.

Nak pedas sikit, boleh letak cili padi (ikut berapa nak), dalam hidangan. Confirm pedas, but sedap.


2. Masak maggie sup bersama telur

Ini favourite all time. 

Bahan - bahan :

Maggie Kari - 1pack

Telur - 1biji

Cili padi (berapa yang korang nak)

Sedikit Air


Cara memasak :-

1. Masukkan 1 1/2 cawan air ke dalam periuk. Biarkan ianya mendidih seketika.

2. Masukkan maggie. Rebus hingga ianya masak. 

3. Masukkan perencah, cili padi, gaul rata. 

4. Masukkan telur. Make sure, api sederhana besar untuk pastikan telur tu masak. 

5. Bila telur dah masak, kuah dah mendidih rata, tutup. Dan boleh hidangkan.


3. Resepi Maggie Tumis Kari Mudah

Resepi Maggie Tumis Kari Mudah

Maggie tumis ni pun sedap, dan mudah untuk dimasak.


Bahan - bahan

Maggie Kari 1pack

Sedikit Daun Kari

Sedikit Cili Padi - hiris nipis

1 biji bawang merah (saiz sedang) - hiris nipis

3 ulas bawang putih - hiris nipis

Sedikit minyak masak

Sedikit Air

1 biji telur


Cara memasak :-

1. Rebus dulu maggie sehingga empuk. Asingkan.

2. Panaskan minyak masak untuk menumis. Masukkan bawang merah, bawang putih, daun kari, dan cili padi. Tumis hingga naik bau.

3. Bila dah naik bau, masukkan sedikit air, masukkan perencah maggie. Gaul rata, dan biarkan ianya mendidih seketika. 

4. Masukkan 1 biji telur. Masak dengan api yang sederhana. 

5. Bila telur dah masak, masukkan maggie yang telah direbus tadi. Gaul rata, biarkan ianya masak.

6. Dah siap, boleh hidangkan untuk dimakan.


4. Resepi Maggie Goreng Simple

Maggie goreng ni pun boleh buat pelbagai version. Tapi ni version paling simple. 

Resepi Maggie Goreng Simple

Bahan - bahan untuk masak
3 paket maggie kari
2 biji bawang merah (bersaiz sederhana) *kisar
5 ulas bawang putih *kisar
cili padi (ikut masing - masing) *kisar
3 biji telur
sedikit udang as perencah
sedikit sayur
Minyak masak untuk menumis
air untuk rebus maggie
Sedikit garam dan ajinamoto

Cara untuk memasak
1. Rebus maggie sehingga empuk. Bila maggie dah masak, asingkan. 
2. Kisarkan bawang merah, bawang putih dan cili padi (huda guna copper je, senang hehe).
3. Panaskan minyak untuk menumis. Bila minyak dah panas, tumiskan bahan - bahan yang telah dikisar. Masak sehingga naik bau, dan bahan tumisan tu masak.
4. Masukkan sedikit air, dan perencah maggie (3 packet), garam dan ajinamoto secukup rasa , gaul - gaul kasi rata.
5. Masukkan udang, gaul rata dan biarkan udang tu masak kejap.
6. Masukkan sayur, gaul rata. Biarkan sayur tu separuh masak.
7. Masukkan maggie yang telah di rebus. Gaul rata. 
8. Masukkan telur. biar telur tu masak kejap, then gaul rata dengan maggie goreng tu. Biarkan semua masak. 
9. Siap, hidangkan.

Mudah bukan?

Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !