Beraya di Legoland dengan Tema Balik Kampung

Farah
0
Assalamualaikum. Hye semua. Selasa lepas, huda dan adik - adik pergi ke Legoland untuk berhibur. Memandangkan kami masih bercuti, jadi dengan ada sikit masa so kami pun decide pergi Legoland. Cerita dia, memang felt balik kampung tu ada, sebab masa Raya keempat tu, ramai sangat orang. Pack! Even hujan pun, orang ada. Contoh, dekat tempat Makan. Sampai tak ada tempat duduklah cerita dia. Masa tu pula time lunch. 

Beraya di Legoland dengan Tema Balik Kampung
Masa beratur dekat kaunter ticket je dah panjang. Apatah lagi masuk kat dalam.

Beraya di Legoland dengan Tema Balik Kampung
Bayangkan dekat roller coaster tu beratur panjang. Huda ni sanggup je beratur, walaupun almost 20minit berdiri sambil main phone 😅.

Nak cakap most of tempat, masa hari selasa tu pack ye.
Dekat Tempat Ninja Go, Boat Schooling, tempat tengok movie 4D pun orang beratur ramai. Bila ramai, nak sampai ke turn kita main tu amik lah masa sikit.

Memang betul - betul “balik kampung” ni.
Meriah sangat!

Legoland perkenalkan Tema “Balik Kampung” sempena Aidilfitri

Dari 21 Apr 2023 hingga 21 May 2023, Tema Balik Kampung ni akan berlangsung. Apa yang menariknya dengan Tema Balik Kampung ni? Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan Aidilfitri ni. Berikut adalah antara beberapa aktiviti yang bakal dan mungkin anak anda suka untuk buat. Antaranya, you guys boleh tengok beberapa persembahan Tarian Tradisional, boleh tengok Pameran - Pameran Rumah Kampung yang diperbuat dari Lego dekat Miniland Aidilfitri Hunt, dan macam macam lagi.

Beraya di Legoland dengan Tema Balik Kampung
Dekat Pangkin Pak Long, you guys boleh enjoy dengan permainan tradisional seperti congkak dan Batu Seremban.

Beraya di Legoland dengan Tema Balik Kampung

Beraya di Legoland dengan Tema Balik Kampung
Teng - Teng juga merupakan salah satu permainan tradisional yang popular, di kalangan kami sewaktu zaman budak - budak dulu.

Kalau diingat kembali, siap beli kapur conteng kat simen halaman rumah. Atau ‘lukis’ kat tanah dengan ranting kayu.

Tema balik kampung ni, mengingatkan kita pada nostalgia dulu.

Beraya di Legoland dengan Tema Balik Kampung
Selain tu permainan dam haji ni pun kira one of legend juga. 

Ala, time sekolah mesti you guys ada je beli kan. Hehe.
One of it, aku la tu 🤣. Tak padan dengan perempuan.

Lagi batu seremban tu. Kadang bawa pergi sekolah.

Nama pun perempuan. Kalau ada masa main, kita main lah kan. 

Beraya di Legoland dengan Tema Balik Kampung
Selain dari tu, you guys boleh juga bina LEGO Ketupat. 

Nice enjoy dengan permainan macam ni.

Kalau tak reti, Nanti akan ada orang guide. Sama macam if dah lupa dengan permainan tradisional, Nanti org akan guide you how to play the game.

Beraya di Legoland dengan Tema Balik Kampung

Beraya di Legoland dengan Tema Balik Kampung

Bukan tau sahaja.
Since Miniland dekat Legoland dah dibuka untuk para pengunjung. So ini lah kesempatan you guys untuk berkunjung di Miniland Legoland Malaysia.

Apa ada dekat Miniland ni? Miniland ni, tempat replika sesebuah tempat sejarah, atau sesuatu industri di pilih. Semua replika diperbuat dari LEGO.

Contoh, MINILAND Aidilfitri Hunt.
Pelbagai jenis rumah dibuat, dan uniknya replika rumah - rumah tradisional itu menunjukkan rumah tradisional di beberapa buah negeri.

Beraya di Legoland dengan Tema Balik Kampung

Beraya di Legoland dengan Tema Balik Kampung

Beraya di Legoland dengan Tema Balik Kampung

Beraya di Legoland dengan Tema Balik Kampung

Contoh - Contoh lain, adalah bangunan - bangunan di atas ni. Ada KLCC, Masjid Negara, Masjid Sultan Abu Bakar (Johor), ada Bangunan Sultan Ibrahim (dimana dulunya inilah bangunan Kerajaan Negeri Johor), dan banyak lagi replika tempat menarik di Malaysia yang telah dipilih untuk dipamerkan.

Beraya di Legoland dengan Tema Balik Kampung

Beraya di Legoland dengan Tema Balik Kampung
Boleh juga ambil peluang ni, untuk tengok persembahan tarian tradisional Melayu di Legoland Malaysia.

Beraya di Legoland dengan Tema Balik Kampung

Beraya di Legoland dengan Tema Balik Kampung
Cantik pintu gerbang ni kan? Jangan lepaskan peluang untuk OOTD, dan cipta kenangan bersama keluarga tercinta.

You guys boleh bergambar juga dengan baju tradisional yang disediakan di sana.

Selain tu, kalau korang datang Weekend, korang boleh join aktiviti mencanting batik. Best. Huda suka aktiviti tu. 

Dekat Sealife ada juga activity ziarah - menziarahi. Konsep ziarah - menziarahi ni bermaksud, you singgah dari satu kampung ke kampung yang lain, untuk berjumpa dan sanak saudara, dan anak - anak akan dapat duit raya. Specialnya dekat Sealife Malaysia, ada satu activity collect stamp dari satu aquarium ke aquarium yang lain (ianya menggambarkan konsep ziarah - menziarahi waktu raya). Bermaksud, bila terkumpulnya stamp tersebut, korang akan diberi reward dari Pihak Legoland.

Untuk maklumat lanjut, tentang LEGOLAND Malaysia Resort’s Back To Kampung Activities, boleh layari official website at https://www.legoland.com.my/explore/shows-entertainment/aidifitri-legoland/ or LEGOLAND Malaysia social media pages on Facebook and Instagram



Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !