Jalan dekat Muar sambil ootd dan food hunting

Assalamualaikum =D

Hai korang. Hari tu, aku dan keluarga pergi ke Muar. Mood jalan - jalan sekitar Muar, cari makan dan ambil gambar (ootd). Gitu. Seperti yang semua tahu, Muar juga merupakan salah satu daerah yang perlu korang lawati, if korang datang Johor. Kat Muar pun best, kalau buat food hunting. Dari sarapan pagi, tengah hari, petang, dan malam.

Untuk makanan, bila sebut je Muar, semua orang tahu yang Muar popular dengan Sate, Mee Bandung Muar, Mee Siput, dan banyak lagi.

Personally pun, huda memang suka Mee Bandung Muar. 

Bila tengok deretan Restoran, memang banyak sangat Restoran Mee Bandung Muar dekat Muar. Cumanya, huda dan family memang singgah kat 1 kedai ni jer so far, setiap kali pergi sana.

Macam nak review mee bandung muar ye gamaknya, mukadimah entry kali ni, hehhee.

  
Mee Bandung Muar
Kalau singgah Muar memang kat sini jelah, tempat pilihan Mee Bandung Muar, kami. Tempat lain, tak discover lagi. Selalu pergi sini.

Restoran Baridah. Mee Bandung dia sedap. Kalau tak makan kat situ, kami tapau jer bawa balik JB. 

Perjalanan 3 jam tu ok jer. Tak basi.
Balik panaskan.

Mee Bandung Muar
Sampai, rehat, solat dan dinner Mee Bandung Muar, yang dibeli dekat Restoran Bariah Tanjung Agas, Muar.

Rasa dia enakkkk sekali.

Kedai - Restoran Baridah (Mee Bandung Muar)
Alamat - No. 1-26, Jalan Kesang Batu 1, Tanjung Agas 84000, Muar, Johor


Sempat jugalah kami singgah kat Bandar Muar dengan harapan nak ambil gambar (ootd), sambil food hunting dekat area situ juga. Mujur juga, cuaca hari tu mendung. Kalau jalan, tak bestlah kalau takde 1,2 gambar ootd, kan? Pula tu, kat Muar pun ada Mural yang dilukis oleh Joey dan Team.

Cantik pula tu, mural - mural yang diorang lukis tu.

Tahu jelah, sapa yang ajak family aku pergi sini, kalau bukan aku hehee.

Umbrella Alley - Tempat ambil gambar dekat Muar

Tempat ootd dekat muar
Hehehe sesekali kita tukar angin, jalan - jalan kat street sambil ootd gitu.
Thanks layan saya ✌🏻❤️😂.

Tempat ootd dekat muar
Aku datang sini, sebab nak dok gambar dekat payung tu.

Tempat ootd dekat muar
Kat mana tempat ootd ni?
Betul - betul dekat sebelah OCBC Bank, Muar.
Depan tu, stesen bas. Jalan sikit, nampak OCBC Bank.

Tempat OOTD, depan lorong OCBC Bank, belakang OCBC Bank, dan sekitar situ. 

Parking situ, memang susah nak cari. Kami parking dekat stesen bas. Kebetulan weekend hari tu, tak banyak kereta. Jalan sikit, then sampai tempat ootd.

Actually info ni, huda baca juga kat blog kawan blogger dok Muar -  blog kak ena - tempat ambil gambar dekat Muar.


Tempat ootd dekat muar

Tempat ootd dekat muar

Yang buat mural ni semua, Joey and Team.
Thanks buat Mural cantik, tatapan para pengunjung yang berkunjung dekat Muo.

FOC - Free of Charge bila ambil gambar dekat Muar (Umbrella Alley)

Tempat ootd dekat muar
Ootd ootd juga, makan jangan dilupakan. Sambil jalan tu, jumpa kedai sate. So kiteorang pun singgah. Nak merasa lah sate dekat area Muar ni.

Makan sate dekat muar
Sate dia just ok jer rasanya.
Kedai dekat area - area situ jer.

Makan apam balik dekat muar
Jalan - jalan terjumpa Apam Balik.
Beli. Tapau/bungkus.

Rasa diaaaa sedap yaaaaaa amat 💕💕💕💕.
Pernah rasa ice cream potong perisa kacang merah? 
Rasa dia sama. Lemak lemak manis, rasa kacang merah.
Sedap.

Makan time panas sedap, time dah sejuk sikit pun ok jer. Still rasa kesedapan dia.

Kalau pergi sana confirm I repeat.

Makan apam balik dekat muar
Oklah, tak mahal sangat.
Sedap pun sedap.

Makan apam balik dekat muar
Siap minta permission pakcik tu, nak ambil gambar. 
Ni cara penyediaannya.

Kedai apam balik dekat muar
Kedai dia takde sigboard.
Kedai pakcik tu, betul betul bertentangan dengan RHB Bank.

Cara penyediaan, bungkusan dia simple. Tapi rasa dia, ‘mahal’.

Kiteorang teruskan lagi jalan. Jumpa jer mural cantik, kiteorang amik gambar haha. Kat bawah ni, huda sajikan ‘hidangan’ gambar yang sempat huda snap. Boleh scroll laju - laju juga ✌.

Kat bawah ni, antara mural - mural yang Joey Team buat.

Tempat ootd dekat muar

Tempat ootd dekat muar

Tempat ootd dekat muar

Tempat ootd dekat muar

Tempat ootd dekat muar

Tempat ootd dekat Muar

Tempat ootd dekat Muar

Tempat ootd dekat Muar

Tempat ootd dekat Muar

Tempat ootd dekat Muar

Tempat ootd dekat Muar

Tempat ootd dekat muar

Tempat ootd dekat muar

Tempat ootd dekat muar


Tempat ootd dekat muar

Tempat ootd dekat muar

Tempat amik gambar dekat muar

Tempat ootd dekat muar


Tapau durian bawa balik JB.

Musim durian ni, memang tak sah kalau tak pekena durian. Sampai ke Muar kiteorang cari durian, hehe. Kebetulan lalu jalan Sungai Mati ke JB. Sebelum masuk highway, ada gerai gerai yang jual durian. Apa lagi, kami tidak ketinggalan beli.


Beli durian dekat muar
Dah rancang. Tu bawa box (yang kedap bau), dan bekas.
Bawa balik JB. Makan kat rumah.

Beli durian dekat muar
Alhamdulillah, owner siap bagi rasa lagi sebiji durian kat sana. Belanja katanya. Thanks.

Ok tu jer cerita kita.
Pergi hari jer, then petang tu balik JB.
Sekian cerita throwback =D





8 Comments

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.

  1. mee bandung sedap pada saya mmg kat Muar je hahahha. wau banyak tempat ootd

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehee kan tulah, huda pun suka yang muar punya

      Delete
  2. Lama betul tak makan mee bandung muar, dulu pegi pun masa pregnant kan Luth je..

    ReplyDelete
  3. Lama nak jenjalan ke Muar gak, tapi mood belum sampai hahahaa..
    Eh, nape Mee Bandung tu putih je Huda? ingat cabonara tadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha edit sis haha. Tula tp mcm pucat la pula hahahaha

      Delete
  4. wahhh bestnyeee.. aah ehk ain pon tak pernah ootd dkt muar.. nak try lah nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe boleh try. Tu pun huda explore area situ je. Area lain tak smpat lagi. Kat blog kak ena, ckp ada lagi beberapa tempat ootd kat muar.

      Delete

Post a Comment

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.