Study sambil dengar lagu, boleh ke?

Farah
5
Assalamualaikum =D

Study sambil dengar lagu, boleh ke?
Hakikatnya, tidak.

Aku jenis, memang suka dengar lagu. Untuk starting and ambil mood, yes. Tapi kalau dah start nak focus, aku akan tumpukan perhatian, dan fahamkan apa yang aku tengah nak study. Sangat susah, dengar lagu time study. Tapi, kadang aku terpaksa. Kalau siapa yang boleh tu, memang diorang ada skills sendiri. Aku akui, aku tak boleh. Untuk ambil mood je, aku boleh.

Dulu aku study subject teori, business admin. Full teori. Ada kira - kira pun beberapa subject je. Memang perlukan tumpuan 100%, untuk kita faham apa yang kita tengah belajar tu. Aku pula jenis, kalau tengah study, memang suka study dekat meja aku. Aku tak tahu kenapa, itu tempat paling aku selesa. Meja dalam bilik rumah sewa, masa kat Pahang dulu.

Study sambil dengar lagu, boleh ke?
aku ternampak tweet ni sebenarnya. lepas tu teringat satu kes ni.

Dia memang ada time aku boleh dengar music, tapi ada time yang aku tak bole dengar music langsung. Sebab aku nak focus.

Paling tak boleh lupa. Bila masa aku tengah nak buat revision for last minute untuk salah satu paper final semester, tiba - tiba housemate aku dok terjerit - jerit. ketawa terbahak - bahak. Petang tu, aku ada paper. Aku try push diri aku utk focus. Aku cuba sabar, buka lagu sekuat mungkin dan dengar lagu, pakai earphone.

Salah satu subject core masa final semester.
Dan of course subject teori, semua membaca. Aku dah fahamkan awal - awal concept, aku hanya tinggal nak buat last revision, sebelum jawab paper petang tu.

Makin aku sabar, diorang ketawa. Entah apa yang lawak sangat. So aku pun geram, sound je diorang (lepas dah tak sabar sangat - sangat). Bingit, memekak.

Yelah, kau tengah buat revision, dah try sabar. Tapi diorang still perangai macam tu.

Lepas aku sound tu, aku macam lantak kau.

Tapi bising lagi,

Aku push diri aku, dengar music lagi. Kuat - kuat pasang lagu (pakai earphone), aku dah tawakal je masa tu.

Alhamdulillah, aku lulus ✌🏻🙃.

Kesimpulannya, hormatlah sesama sendiri. Kan final exam, tak payahlah kalau kau satu group, kau fikir kau boleh bising. Orang lain pun ada paper. Tak semua orang pandai macam korang.

Salah satu cara yang buat aku kuat, dan boleh focus :-
Kita ni dalam hidup (kerja atau study), memang banyak sangat pancaroba, dugaan, ujian yang perlu kita hadap. Kalau bukan Allah bg ujian disebabkan seseorang, mungkin ujian tu dekat diri kita sendiri. Anyway, even apa pun jangan tinggalkan solat, kalau ada masa baca Al - Quran (or surah favourite korang), luangkan masa baca. InshaAllah, sesukar mana dugaan, Allah tu bantu. Aku bersyukur kat sini. Allah banyak bantu.

Paksa diri untuk start study, focus. Masa tu, hanya ada diri kita dengan buku sahaja. Pilih time study yang sesuai (ikut orang. Ada suka study siang, ada suka study malam).

Aku selalu doa, Ya Allah busy kan aku dengan study - masa aku study. Betul. Memang Allah busy - kan aku dengan study. Dengan kawan satu group FYP asyik ajak meeting, hahaha. Alhamdulillah, aku just can said it. Sebab final year aku terpaling, tersangat pancaroba. So aku hadap sorang. Aku menangis, aku doa, memang aku harap Allah tolong aku capai cita - cita, nak habiskan on time. Alhamdulillah. 

Ingat, apa pun. Allah selalu ada. Ya Allah, rindunya saat - saat tu. 
Kadang kita fikir, kita tak kuat. Rupanya kita kuat sebenarnya.

Bak kata parents aku (advice mereka masa aku study dulu), jangan fikir sangat masalah sangat, tapi cari solution terhadap masalah tu. Focus study. 
Masa tu aku push diri aku. Memang all out sangat.

Alhamdulillah.

Eh terpanjang pula. 

Ni kisah throwback aku.


Post a Comment

5Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Dengar lagu boleh datangkan mood kekadang.. tapi ikut mood memasing hehehehe

    ReplyDelete
  2. Sama la. Bila nak kena study benda yang banyak mengingat ni, memang tak boleh dengar lagu.
    Tapi lepas ni boleh kot buka music yang soothing gitu. Jangan mengantuk pula sudah la.

    ReplyDelete
  3. haaa.....betul lah tu ayat parents huda "jangan fikirkan sangat masalah tapi cari solution kepada masalah tersebut...hehehehe..so , applykan lah konsep ni in your real life right now .

    ReplyDelete
  4. akak sejenis tak boleh study sambil dengar lagu kalau subjet tu sejenis membaca. and mostly subject akak byk membaca. memang tak masuk otak jawabnya. tapi akak blh dengar music time study yg ada calculation. itu mmg membantu akak.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !