Cerita aku, declutter novel dan baju lama

Assalamualaikum =D

Hai korang. Kalau dikutkan, aku ni jenis yang suka "simpan" barang, dan tak suka "buang". Reason sebab sayang. Tapi disebabkan bilik aku ni, nampak agak messy dan pack dengan barang - barang sendiri, so aku decide juga, untuk declutter mana - mana barang, yang aku dah tak nak guna, or baca. Tahun lepas, aku decide untuk declutter sikit - demi sikit, barang aku dekat bilik ni. Ini cerita aku declutter novel dan baju lama.

Apa maksud declutter in malay? - Declutter bermaksud "buang" barang - barang lama yang dah tak boleh pakai. Atau "Sedekah" kat orang, mana barang - barang yang masih lagi boleh dipakai

Novel dan baju, merupakan antara 2 item yang paling favourite! 

Aku ni kalau nak declutter baju, kira ok lagi nak "lepaskan", atau bagi pada orang. At least, mana baju yang masih boleh pakai, kita "sedekah". Yang tak boleh pakai, or dah lama sangat ke, atau tak cantik lagi untuk dipakai, kita "derma" dalam tong sampah. Ingat tau, kalau nak declutter baju tu boleh, feel free sangat. Tapi kalau niat nak bagi orang, please bagi baju yang masih boleh dipakai, dan masih cantik lagi "keadaan" baju tersebut.

Kira macam kita buat "baju bundle", tapi "sedekah" bagi dekat orang yang tak berkemampuan.

Untuk novel pula, agak sukar sebenarnya nak buat declutter tu. Tapi huda gagahkan jua. Maklum jelah, aku lebih suka "simpan" novel, dari bagi orang. Sejak dari zaman remaja aku minat sangat baca novel. Selepas bertahun - tahun lamanya, barulah aku decide untuk bagi orang. Tu pun, masih ada "drama" kat diri sendiri. Kejap nak bagi, kejap tak nak bagi. Aku jenis suka membaca, jadi buku yang aku beli memang susah sangat - sangat, nak bagi orang. 

Cerita aku, declutter novel dan baju lama
Ni antara novel yang aku dah declutter.

Kenapa still nak bagi orang? Sebab aku rasa, makin lama, makin banyak collection buku - buku aku, dan tak muat rak. So aku terpaksa sedekah dekat orang. Takpe buku aku, jenis cantik - cantik lagi keadaannya, walaupun dah bertahun beli. Aku memang jenis jaga setiap buku yang aku beli. Kalau buat karangan tu, boleh buat karangan "aku sebuah novel,". eh hahaha.

Bagi peminat tegar novel, korang mesti ada cara penjagaan novel tersendiri. Huda jenis, baca mana - mana buku, waimah novel, huda akan buka novel tu separuh - (seolah - olah, "kau nak baca buku, ke tak nak ni?)". 

Kepada yang dapat novel huda, korang jaga baik - baik tau =D.

Huda tak declutter lah semua novel, sayang weh. Novel favourite still lagi simpan. Novel yang diadaptasi ke drama pun, ada simpan lagi. Dengan niat, satu hari nanti nak repeat lagi. Novel yang dalam "waiting list" pun, masih ada tak dibaca. 

So korang, dah declutter barang yang tak dipakai lagi belum?


1 Comments

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.

  1. bab declutter ni lah ain paling suka .. aim untuk kurangkan barang yer , bukan masih sayang barang tu .. sebab fikir makin semak dan berhabuk je nanti kalau kita simpan barang tu .. Haa , gitu jela yang selalu ain fikir . memang erti kata lain akan banyak plastik plastik terkeluar dari rumah .. bukan cenonet je yang keluar ...

    ReplyDelete

Post a Comment

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.