3 Top Cartoon Favourite Anak Sedara Buat Masa Ni

June 13, 2021

Assalamualaikum =D

"Aayish nak nok..." - bagitahu dia nak tengok cartoon dia.
"Aayish nak nok atash.." - dia nak tengok cartoon dia dekat atas. 
"Asyish nak nok....Da" - Sambil tunjuk laptop aku.

Budak lelaki, dia tahu nak main. Main bola, Main kereta mainan dia, main truck mainan dia, main susun ABC, menulis (his style), dan macam - macam lagi.  Tapi kekadang dia akan request nak tengok cartoon dia. So dialog kat atas tu, antara dialog - dialog dia request kat kiteorang. 

Bilik auntie - auntie dia, memang favourite dia masuk. Tapi kalau dia dapat masuk bilik Auntie Da, mesti dia request nak tulis, atau tengok cartoon dekat laptop. 

Malam semalam, dia request. Tapi huda penat, so tak dapat layan. Hehhehee, sorry. Cara huda tolak, huda cakap "Laptop Auntie, tak ada bateri lah,". Then si kecik cakap, "Da, cas cas,". Aku dok tergelak, hahaa. 3 tahun ok.

Dia boleh ingat pula conversation huda dengan dia kekadang, pernah je bateri habis so kena cas. Masa tu pula dia memang tengah dok khusyuk tengok cartoon dekat laptop, hehe. Yelah, budak lekat je.

So ini antara cartoon favourite dia, 
1. Cocomelon 
2. Baby Bus
3. Baby Truck

3 top cartoon kanak - kanak sekarang
Recently antara history Youtube Huda.
Biasalah budak lelaki, memang minat cartoon gini. In future, jangan berebut dengan adik awk dah ekkk nak tengok cartoon, haha. Pening mummy daddy awak nanti. 

Abang dengan akak ipar huda, so far memang dia tak ketengahkan gadget pada anak dia. Unless, kasi tengok youtube. Untuk Cartoon ni, Ilmiah la juga, sebab bila tengok cartoon dia pandai mengira, baca ABC. Bila dok layan, siap dah hafal jalan cerita. Dia ikut je apa cartoon tu cakap, siap gela - gelak. Macam faham je. 

Bila tengok cartoon kat Youtube, ada ads pun dia suruh cepat - cepat tekan, sebab ganggu dia tengok cartoon.

Maybe nilah kot antara cartoon - cartoon favourite budak zaman sekarang. Dulu masa kita kecik, tengok kat TV. Kalau aku, paling minat memang Doraemon la. Budak zaman sekarang, dah berbeza. Yelah, ikut peredaran zaman kan.

You Might Also Like

2 Comments

  1. Anak sedara akak yang setahun tu pun suka Cocomelon. Budak2 zaman sekarang pandai kan.

    ReplyDelete

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.