Beli barang basah dekat Pasar Online JB

Farah
6


Assalamualaikum,

Beli barang basah dekat Pasar Online JB. Hye semua, kisahnya last weekend aku rasa macam malas nak keluar beli barang. Mujurlah ada ikan lagi dalam peti ais, telur dan beberapa jenis sayur. Aku masak apa ada je weekend tu dekat rumah. Dalam masa yang sama, aku try cari pasar online yang aku boleh terjah, dan tengok feedback customer sebelum aku order.

Aku teringat Visit Johor ada buat posting tentang beberapa pasar online time Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni. Aku try click la one by one, hingga jumpa posting berkenaan Pasar Online JB. Bukan tu je, Visit Johor juga ada share beberapa posting tentang fast food, yang juga turut di jual atas talian sepanjang PKP dijalankan. Jadi senanglah kita nak makan, dan beli. Dari barang basah, hingga makanan ringan, kita boleh dapatkan secara online. Anyway thank you Visit Johor for all the info.

Back to the topic. Lepas aku dah tengok beberapa posting, aku try lah order dekat Pasar Online JB. Bukan sahaja hanya menjual barangan basah, tetapi mereka juga turut menyediakan service menyiang, membersih dan terus buat penghantaran (delivery/COD) ke rumah pelanggan.

Senangkan?

 2 set Seafood
Setiap 1 set - 500g Ikan Merah, 500g Ikan Jenahak, dan 1 ekor ikan siakap

1 set lockdown 
1 set - 500g udang, 500g sotong, 500g daging dan 1 ekor ayam

Semua ni dah siap di potong, disiang, dan dibersihkan.

Barang basah sampai je, huda terus masukkan satu per satu dalam bekas, dan simpan dalam peti ais.  Nak masak nanti senang, tinggal pick salah satu, bilas, cuci dan start memasak.

Comment huda - service yang ok, cepat, dan effective. Barang basah pun memang fresh. InsyaAllah nanti memang huda akan repeat lagi. 

Kalau korang nak order, boleh singgah instagram @pasaronlinejb - Facebook dan Instagram (click kedua - dua link tersebut).

Untuk dapat information tentang beberapa jenis fast food, dan pasar basah yang boleh dapatkan secara online, boleh singgah ke page Instagram Visit Johor.

Selamat membeli semua! Pastikan jaga jarak social anda jika diluar. Keluar hanya bila perlu dengan tujuan membeli barang keperluan dan jika ada hal mustahak. Jika tiada keperluan untuk keluar, just stay at home #kitajagakita.

Take care korang =D. Kita pasti boleh putuskan rantaian COVID-19, dan please doakan mereka cepat sembuh dari wabak COVID-19. Anyway guys, stay positive and be happy. 

Post a Comment

6Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Waaa~ senang macam ni dah tak payah keluar dah ... ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. tinggal order online. sampai dah depan rumah hehe

      Delete
  2. seronok jugak ek beli online je, tak payah nak keluar2 pergi kedai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul tu kak. order je online kalau takde masa nak keluar.

      Delete
  3. mudahkan urusan kan.. senang skrng macam2..0

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !