Pengalaman bermalam di Red Hotel by Sirocco, Kuala Lumpur selama 3 hari 2 malam

by - December 22, 2019



Assalamualaikum, =D

Pengalaman bermalam di Red Hotel by Sirocco, Kuala Lumpur selama 3 hari 2 malam. Sampai Kuala Lumpur around pukul 4 petang macam tu. Bas terus bergerak menuju ke Red Hotel by Sirocco, yang berada di tengah - tengah Kuala Lumpur. 

Ok dah sampai dekat Red Hotel by Sirocco. 
Sampai sini, tunggu dapat bilik. Dah dapat bilik, rehat jap, solat dan siap - siap untuk pergi dinner malam nanti. 

Satu bilik dengan kak ajan. Gonjeng (gila - gila) gak, kak ajan ni sometimes ye 😅😝.

Cantikkan ruangan receptionist Red Hotel by Sirocco ni. 

Suasana bilik Red Hotel by Sirocco, Kuala Lumpur
Personally huda suka sangat dengan Red Hotel by Sirocco ni. Siap suggest dekat member kalau lepak Kuala Lumpur kita boleh staycation dekat sini sebab best dan selesa. Pula tu, hotel ni berada dekat tempat yang sangat strategic. 

Ok meh, huda bawa korang tour dalam bilik hotel ni. Hari tu huda dan kak ajan, dapat bilik twin room, dan dalam bilik tu ada dua super single bed. 

Bilik dia bersih ye korang. Bersih dan selesa. 
Bilik kiteorang terletak dekat tingkat 16. 

Selain di lengkapi dengan alat penghawa dingin, hotel ni juga ada sediakan kipas. So bagi orang yang tak tahan sejuk tu, boleh lah gunakan kipas je. 

Macam kiteorang, buka kipas pun dah cukup sepanjang malam kami berada di sini. 

Buka je pintu nampak meja study ni. 
So kalau korang ada business trip, sesuai lah ye bilik ni untuk korang. 

Serious weh bilik ni sedang besar dan selesa. 

Ni tempat favourite para wanita. 
Bukan setakat meja solek ni je ada tau, cermin muka pun ada.

Siap ada hair dryer, sangat membantu di saat - saat akhir untuk bersiap.

Almari baju dan bawah sekali tu, rak kasut.

Oh ye, kalau korang nak Iron, korang just boleh request je dengan pihak hotel. 

 

Bilik air ni besar, nampak lagi besar bila ada cermin ni dekat situ.

Setiap bilik dilengkapi dengan coffee dan tea maker, peti sejuk kecik (bahagian bawah sekali). 

Aku jenis tak minum kopi, so kak ajan jela sempat buat coffee sebelum balik hari tu. 

Overall what I can say about this hotel is, sangat selesa dan sesuai untuk staycation bersama keluarga, dan sahabat handai. Sebab di sini terdapat beberapa bilik yang disediakan sesuai dengan keperluan para pengunjung. 

Package macam biasa sekali dengan breakfast. 

Breakfast dekat Dewan Makan, Red Hotel by Sirocco. 
Terletak di tingkat 20++, aku lupa dah tingkat berapa. Masuk je dewan makan, korang boleh nampak dekat sebelah kiri dan kanan pemandangan sekitar Kuala Lumpur. 

Hari kedua kiteorang berada dekat hotel tersebut, kiteorang kena naik makan around 6.30 pagi, sebab nak kena keluar hotel around 7.30 pagi. 

Pagi - pagi dah turun breakfast. 
Hari tu sempat buat insta story, hehe. 



Siap ada swimming pool lagi tau. 
Sambil korang makan, sambil korang mandi - manda korang boleh tengok pemandangan Kuala Lumpur. 


Siap boleh lepak dan sarapan dekat luar sebenarnya. Dekat sini ada beberapa buah meja dan kerusi yang disediakan. So boleh santai - santai, sambil tengok mercu tanda Kuala Lumpur, KLCC dan Twin Tower Petronas. 

Before turun bawah dan naik bas, cepat - cepat amik gambar sebagai kenang - kenangan hehe. 
Thanks ain tolong amikkan gambar. 

Jadi bagi korang yang datang bercuti di Kuala Lumpur, huda suggest dekat korang untuk staycation dekat hotel ni. Dengan kedudukan hotel ni yang strategic, ianya memudahkan korang untuk ke mana - mana sahaja. 

Bukan tu je tau, huda tengok rate hotel ni pun suitable juga untuk korang staycation. Not too pricy bila ianya berada di tengah  tengah Kuala Lumpur ni. Dan korang juga boleh bandingkan harga dekat laman web - laman web terpilih. 

More info, you guys can visit laman web Red Hotel by Sirocco -  https://redbysirocco.com/

Oklah sampai sini je yang sempat huda tulis. Anyway thanks singgah dan baca blog huda ok. 

You May Also Like

40 Comments

  1. Perrgghh..makan sambil view klcc tu best!

    Ehemm..nti Red Linda nak dtg la ke Red Hotel ni.hehehe

    Red Linda https://anakperak.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best sgt kat sini. Huda pun rasa nak repeat lagi hehe

      Delete
  2. First time tahu pasal hotel ni, padahal kat KL je pun. Tengok gambar macam nice pulak bahagian dalam bilik hotel ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Huda pun sama first time tau hotel ni hehe

      Delete
  3. Berapa agaknya harga semalam untuk hotel yang terletak di kawasan membeli-belah ni. Klu mampu duduk memang berbaloi la kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok bilik juga. Boleh refer laman web dia tau. Rasa paling murah around RM200++

      Delete
  4. Wow!!!!!!!! What a cool hipster hotel. Looks good for staycations too. Thank you for sharing this review.

    ReplyDelete
  5. Hotel ni nampak cantik, kemas dan selesa .. Dengan kedudukan hotel yg strategik memudahkan utk kita gerak ke mana mana kalau stay kat sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, cantik and selesa. Lepas tu location memang strategic

      Delete
  6. Suka article travel macam ni! And gambar semua cantik 😍

    ReplyDelete
  7. This seems like a good hotel for city staycation will consider this next round I need one.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok hopefully you try staycation here ok hehe

      Delete
  8. Nampak gambar dari bawah igt kecik je hotel ni. Sekali 20 lebih tingkat da. Best tu makan pagi tengok pemandangan KL

    ReplyDelete
  9. Belum pernah menetap di hotel ni tapi dah sampai makan kat kedai bawah hotel Sirocco.Konsep wana merah-hitam ya hotel ni. Dapat tinggal dan lihat suasana malam di KL memang best!

    ReplyDelete
  10. berapa harga satu malam, menarik jugak kalu outstation kat kl boleh la menginap hotel ni. view kl tower tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bilik ni RM200++. Ada beberapa bilik lain ditawarkan, utk info harga boleh tengok laman web dia ok

      Delete
  11. cantiklah bilik hotel dia.. pemandangan juga cantik tu

    ReplyDelete
  12. Nampak sangat selesa hotel nih, next kalau bermalam dekat kl boleh pilih hotel nih! tq infonya

    ReplyDelete
  13. Selalu ada job kat kl, nanti nak cuba lah stay kat sini. Seronok pula tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Nanti kalau ada trip kerja bolehlah you staycations sini

      Delete
  14. Qiss tak pernah sampai lagi hotel ni. Menarik juga dekorasi dia. Moden. Suka pool tu. Best je nampak pemandangan KL

    ReplyDelete
  15. Cantiknya bilik hotel. Tak macam hotel dah gaya. Macam rumah dah. Kemas dan bersih. Berapa harga semalam ni. Macam best je horel Red ni.

    ReplyDelete
  16. First time dgr. Tapi kat KL ni mmg byk hotel kecik2 cam gini tapi cantik dan selesa. Harga pun berpatutan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Huda pun first time dengar hari tu

      Delete
  17. Cantik nye view atas hotel ni... So cafe house blkng chef masak tu swimming pool kan... Nice

    ReplyDelete
  18. Interesting info! Thank you for sharing farahh! Seronok baca. Boleh la plan nk staycation dkt sana satu hari nnti

    ReplyDelete
  19. pada ain , hotel ni best! dh ler dpt bilik view kl tower ..hehhehehee... a nice place to stay..

    ReplyDelete

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.

Hye semua, thank you for visiting byfarahh.com. Feel free to visit my social media =D