Kuala Lumpur menjadi daya tarikan para pelancong

August 28, 2018

Assalamualaikum, =D

Hi semua,

Jika ada kesempatan bersama keluarga untuk pergi bercuti di Malaysia, Kuala Lumpur antara salah satu destinasi yang menjadi tumpuan kepada para pelancong, sama ada dari dalam negara mahupun luar negara. 

Bagi mereka yang berada di Singapura, korang boleh je fly cheap from Singapore to Kuala Lumpur.

Then bolehlah singgah beberapa tempat yang menarik di sekitar Kuala Lumpur ni.

Image result for daya tarikan kuala lumpur kepada para pelancong

Di kesempatan ini, Huda nak share dengan korang, beberapa hotel terkemuka yang kian menjadi tumpuan para pelancong, tempat - tempat menarik, dan location tempat makan yang best sekitar Kuala Lumpur.

Concorde Hotel Kuala Lumpur


Kenapa perlu pilih Concorde Hotel, dan The Zone All Suite Resident, sebagai salah satu destinasi percutian anda?

Of course lah banyak kemudahan dekat Concorde Hotel, dan The Zone All Suite Resident. 

Antara kemudahan yang disediakan di Concorde Hotel Kuala Lumpur:
1) Accommodation, yang sesuai untuk keluarga dan harga yang berpatutan.
2) Swimming Pool, Sauna
3) Fitness Centre
4) Concorde Shopping Arcade 
    - Karim Dugstore
    - Montien Massage Therapy 

For more info, kindly visit https://www.traveloka.com/en-my/hotel/malaysia/concorde-hotel-kuala-lumpur-7832

The Zone All Suite Resident

Antara kemudahan yang disediakan di The Zone All Suite Resident
1) Hotel yang berpatutan
2) Apartment (yang sesuai untuk seisi keluarga), dengan harga yang berpatutan
3) Swimming Pool dan Sauna (pemandangan KLCC)
4) Fitness Centre
5) Tour & Travel (pihak mereka juga ada menyediakan tour guide. So senanglah, kalau nak travel sana sini, sekitar Kuala Lumpur). Hanya ambil package yang disediakan oleh pihak mereka. 

Untuk dapatkan best price, korang boleh terus book online je untuk stay dekat The Zone ni. 

For more info, kindly visit https://www.traveloka.com/en-my/hotel/malaysia/the-zon-all-suites-residences-on-the-park-44614

concordeshopping-arcade

Antara tempat - tempat yang menjadi tumpuan para pelancong:

1) KLCC
Seperti yang sedia maklum, KLCC mempunyai daya tarikan dan keunikan tersendiri, di mata setiap para pengunjung. Di sini, bukan sahaja anda boleh mencuci mata di window shopping, malahan terdapat juga beberapa tempat yang boleh anda lawati, seperti Petrosains, dan Aquaria.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh naik ke Sky Desk dan Sky Box untuk melihat pemandangan sekitar KL.

Sky Desk

Image result for sky box kl
Sky Box 

Untuk pembelian ticket boleh lawati laman web ini - https://www.menarakl.com.my/index.php/ticket-attraction

2) District 21, IOI Mall Putrajaya
Bukan itu sahaja, bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak, korang bolehlah singgah di District 21, yang terletak di IOI Mall Putrajaya. Pelbagai aktiviti yang korang boleh join dekat sini bersama seisi keluarga. Antara aktiviti yang di sediakan di sini adalah, wall climbing, roller glider, Go Cart and many more.

Image may contain: one or more people and indoor\


Untuk maklumat lanjut boleh layari facebook district 21 - https://www.facebook.com/district21park/.

3. Berjaya Times Square
Berjaya Times Sqaure adalah salah satu shopping mall yang juga turut menjadi tumpuan para pelancong. Apa yang menarik di sini, terdapat beberapa aktiviti indoor, yang sangat menarik untuk seisi keluarga. 

Antaranya Fantasy Garden, dan Galaxy Garden. 

Flying Bumble Bee
Flying Bumble Bee, antara daya tarikan kanak - kanak di Fantasy Garden. 

Image result for indoor berjaya time square
DNA Mixer, antara daya tarikan Galaxy Garden. 

Pengalaman sendiri, huda pernah pergi ke Times Square, masa zaman sekolah (sorrylah tak ada gambar), just boleh cerita pengalaman. Huda pernah naik DNA Mixer ni, masa tu juga first time lah kot terdedah dengan aktiviti ni. Walaupun tak berapa minat, tapi bila orang ajak tu, sis join je. Overall aktiviti kat sini bestlah. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web http://www.berjayatimessquarethemeparkkl.com

4. Sunway Lagoon
Sunway Lagoon antara tempat yang menarik untuk dilawati bersama seisi keluarga. Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik di sini, antaranya Water Park, Extreme Park, Scream Park, and others. 

Image result for sunway lagoon
Water Park

Bungy Jump
Bungee Jump activities at Extreme Park

For more info kindly visit the website https://sunwaylagoon.com/ .

Bila review pasal Sunway Lagoon ni, rasa macam nak pergi lagi pula. Sebab for me, Sunway Lagoon ni, lengkaplah. Semua ada. Selain dari suka pergi A'Fomasa dekat Melaka (yang dulu masa kecil, selalu pergi), Sunway Lagoon pun, pada huda best juga. 

Ketiga - Tempat makan
Ok asyik cerita pasal tempat nak melawat je kan. So kali ni nak share dengan korang antara kedai atau gerai makanan yang popular dekat KL. Sebenarnya banyak je tempat yang best, so ni antaranya lah. 

1) Ana Ikan Petai Bakar Shah Alam
Bukan sahaja popular di Kuantan, kini mereka dah buka cawangan dekat Shah Alam. Located at Ken Rimba, Seksyen 16 di Shah Alam.

Dari Kuala Lumpur ke Shah Alam, kira - kira 18km sahaja. 

No automatic alt text available.

Dekat sini terdapat pelbagai makanan laut, ada ikan bakar petai, ikan siakap 3 rasa, dan pelbagai lagi juadah masakan Malaysia yang boleh didapati di sini. 

Any information you guys can visit their facebook,
https://www.facebook.com/anaikanbakarpetaishahalam/

Opening: From 5pm to 12am


2) Kampung Baru, Kuala Lumpur
Jika anda ingin merasai 'suasana kampung' di tengah bandar, Kampung Baru adalah satu destinasi yang tepat untuk anda lawati. Di sini juga, terdapat pelbagai makanan - makanan melayu yang popular, dan harga - harganya juga sangat berpatutan. 

Image result for kampung baru kuala lumpur

Antara masakan melayu yang popular di jual di sini, adalah pelbagai kuih muih tradisi melayu, rojak, satay, nasi lemak dan pelbagai lagi. 


Image result for nasi lemak kampung baru

Open around 6 pm onwards

Located at Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur

3) Familia Fried Chicken (FFC), Kuala Lumpur
Juga terletak di Kampung Baru. Familia Fried Chicken kini menjadi tumpuan ramai. Jika anda berminat dengan aneka ayam goreng, anda boleh lawati FFC Kuala Lumpur. 


Start open at 6pm.

Located at Kampung Baru,

For more information just visit their official Instagram -
https://www.instagram.com/familiafriedchicken.my/

All done here. Thank you for read this entry and visiting my blog. InsyaAllah, kalau ada apa - apa story lagi nanti huda share lagi.

1 comment:

  1. banyak tempat menarik di Kuala Lumpur ni yang kita sendiri kurang tahu kan huda...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.