Review Novel - On April

Farah
1


Assalamualaikum, =D

Hi.
Selamat pagi semua,

So pagi ni nak share satu entry berkenaan dengan review novel on April. Kebetulan pula, huda dah lama tak buat review, me - review macam ni.

Jadi untuk hari ni, aku akan review dua novel ni.

Satu novel yang korang semua dah tahu (Novel Mr Grey), even dah diadaptasi kat astro ria, sekarang pun dah episod 13. 

Yang satu lagi, (Di Situ Aku Bersujud), ni kira salah satu novel islamic. 

Mr Grey


Yang ni tak payah dok review banyak sangat. Sebab nanti tak gempak. 

Tapi semua mesti nak tahu apa kesudahan cerita ni kan?

Cuma apa yang aku boleh habak mai, kesudahan cerita Mr Grey takdelah tragic sangat. Dalam setiap novel/cerita mestilah ada watak antagonis. Which is Mummy Grey, perempuan pilihan Mummy Grey (one of top list 20, yang kena reject dengan Mr Grey, Tok Grey dan Mr Reid). 

Kalau ikutkan novel, watak diorang ni memang betul - betul buat aku geram 😅. Tok Grey tu pun tak baik rupanya, ada hidden agenda yg depa dok sembunyikan, sampai rasa macam nak p hempuk je, si Tok Grey dengan Mr Reid. Awatlaaa memasing jahat sgt. Mr Reid to the most annoying kot dalam novel ni. Aku baca pun geram, boleh emosi 🙈.

Tapi relaxlah, dah nama novel mesti happy ending ye tak?

Nasib la ada watak - watak yang diwujudkan dan mendapat kepercayaan Mr Grey untuk selamatkan PA.

Nak tau macam mana Mr Grey dok selamatkan Puncak Angkasa, PA tu, kenalah tengok ending cerita ni Kat Atsro Ria, atau boleh p beli novel dia✌.

Di Situ Aku Bersujud.

Buku atau novel ni, adalah salah satu kisah yang menceritakan cinta kepada Yang Maha Esa. Novel ini menceritakan tinta penulis novel sendiri. Bagaimana dia mengharungi kisah suka - duka, dari beliau remaja hingga ke dewasa. 

Di situ aku bersujud, menceritakan juga pahit getir penulis, tentang bagaimana beliau dan rakan - rakan struggle untuk menjaga solat diusia remaja, ketika berada di perantauan. Tak lupa juga, ada kisah ketika beliau sudah berkahwin dan bagaimana nikmatnya beliau menunaikan ibadah haji.

Apa yang menarik tentang novel ni, dalam setiap bab penulis, ada menulis sedikit nota dan nasihat buat para pembaca.

Ok guys, sampai sini sahaja yang sempat huda update.
InsyaAllah if anything nanti huda update lagi.

Thanks singgah baca entry kali ni,
😂

Other novel yang dah di review oleh huda, boleh CLICK SINI.

Post a Comment

1Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Waaa suka baca Novel ek...Sis pun suka membaca tapi sekarang tengah takde bahan ni..nak pi kedai buku gamaknyaa..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !