Review Novel: Kau Bicara Tentang Cinta

Farah
0
Pengenalan novel ni kepada conflict harta agak panjang ye guys, sudah tu ianya disulami dengan perasaan cinta pula. 

Review Novel: Kau Bicara Tentang Cinta | Assalamualaikum, hai guys since dah lama tak review novel, so hari ni aku nak ambil kesempatan ini, untuk review sebuah novel. Novel ini berkisar tentang Bunyamin, yang merupakan anak sulung kepada Datuk Bakri, dan cuba mempertahankan hak dia, dan adiknya Balqis. Bunyamin pelik, kenapa Sera boleh dapat harta daddynya juga, dengan amount dan bahagian yang begitu banyak. Siapa Sera kepada Daddy? Persoalan itu bermain di benak Bunyamin. 

Review Novel: Kau Bicara Tentang Cinta

Review novel Kau Bicara Tentang Cinta karya yang mengisahkan konflik berkaitan harta pusaka antara Bunyamin dan Sera Nur, disulami kisah cinta, strategi dan rahsia keluarga yang penuh tanda tanya.



Pengenalan Watak
Bunyamin & Balqis - anak kepada Datuk Bakri
Sera Nur - merupakan seorang wanita yang dianggap misteri oleh Bunyamin. 
En Hafiz, seorang peguam setia kepada keluarga Datuk Bakri. 
Huzair pula merupakan anak kepada Encik Hafiz, dan sahabat baik Bunyamin. 
Saira - Ibu Saudara kepada Sera Nur

Bunyamin mula memasang strategi untuk mendapatkan haknya kembali dari Sera Nur. Pelbagai strategi dirancang oleh Bunyamin. Segala rancangannya, di ceritakan kepada sahabat baiknya, Huzair. Dan bukan semua perkara yang Bunyamin cerita, Huzair setuju. Tapi segala nasihat pun, Bunyamin tak dengar sebab strategi Bunyamin pada Sera Nur, adalah untuk mendapatkan semula haknya.

Bila ia berkait rapat soal wasiat daddynya, Bunyamin tak lupa untuk meminta nasihat uncle Bakri. Apakah perancangan dan strategi Buyamin, terhadap Sera Nur?

Tapi sepanjang aku “melayan” dan baca si Buya ni punya strategi, it was very cringe, dan annoying plan tau. Si Sera tu dah malas layan, si Buya ni dok terhegeh ek 🙄😒. Kesian Sera tau.

Sera Nur pula tersepit di antara ibu saudaranya, Sairah dan kehendak Bunyamin. 

Boleh ke Bunyamin dapatkan kembali harta yang diwasiatkan oleh Datuk Bakri kepada Sera? Adakah Sera rela hati untuk pulangkan harta yang sudah di wasiatkan oleh Datuk Bakri kepadanya?  Apakah kisah yang membuatkan Sera tersepit antara ibu saudaranya dan Bunyamin? Mungkinkah ada kisah silam Datuk Bakti terhadap keluarga Sera Nur?

Semua persoalan dalam Novel “Kau Bicara Tentang Cinta”.




Post a Comment

0 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!