Assalamualaikum,

I dah lama nak keyboard pink (size besar), size kecil dah ada dekat belakang tu. Tapi memandangkan keyboard Logitech still boleh guna jadi I pun guna jela. Bak kata Raffi Ahmad & Ayushita,

Jangan bilang tidak, bila kita belum mencoba….So I dengan yakin beli adapter type C untuk connect keyboard Logitech dengan iPad I. 3 hari juga tunggu dia sampai, at last Selasa lepas sampai. I excited jugalah, ni tengah typing menggunakan keyboard Logitech.
Bukan apa wak, kadang kita rasa nak guna keyboard kecil, kadang nak guna keyboard besar. Tapi sebenarnya, rasa macam lagi best guna keyboard besar ni ha. Gitu….

Lil totebag from Annjfr. Baru pakai finally. So Isnin lepas cuti, sebab ada nak settle kan urusan. Kat dalam ni muat Telekung Rawdah Go, Buku Nota Kecil dan Pencil Case Kecil.
Oh actually kalau I letak satu, dua, buku cerita pun muat juga. Ok Jom, I nak review buku pula.

Buku ni I beli online jer, dekat TikTok Iman Publication.
Tunggu seminggu lebih, baru sampai rumah. But it’s ok.
Dengan tak sabar I baca terus ok. Memandangkan buku nipis, within few hours jela I dapt selesaikan.

Actually nak ambil gambar pun macam bersalah buka buku besar gitu haha. I punya style baca buku, ‘buka macam tak buka’, dengan alasan nak jaga tepi buku tu supaya tak berlipat.
I was excited gilaaaaaaa tau dapat buku dari AnnJfr. Maaflah, kalau korang baca pun rasa macam ‘eh kau ni, review buku je pun….’. Kita bab buku, bab penulis yang kita follow lama sgt, kita minat dan kita excited wakkkk.
Sedikit cerita dan review buku Ann Jaafar :
Basically buku ni story + doodle base. As kita tahu yang Ann ni memang seorang pelukis di media social. Beliau melukis doodle yang cute - cute. Geram. Pastu ada ayat - ayat beliau tu ada menariknya.
Dalam buku ni, Annjfr menceritakan journey beliau - dari mana dan macam mana dia boleh start buat doodle and posted on her media social. So impress.
Dekat bawah ni, huda ada ambil few page dalam buku beliau :-








It can become my way of expressing feelings - especially on days when I felt overwhelmed or tired.
I’m tyred
-Annjfr-

Life can be over whale-ming sometimes. Self care is prioritea and the best tea is tea-dur (tidur).
-AnnJfr-

Ding Geding - kata Andi Barnadee.
One of lagu terbaru dari Andi Barnadee.

Dan buku ini, actually hari tu I beli masa ada event buku dekat JB - BBW. Oh dengarnya bulan 8 akan ada 2 event buku, cannot wait! ðŸ¤. Walaupun event buku kat JB tak semenarik PBAKL, tapi best sebab boleh je beli buku. Yang penting ada buku untuk di beli githuu.
Ok berbalik kepada buku itu. Ini merupakan buku sulung dari Lynn Razif. Lyn Razif ni pun mcm Annjfr, influencer but end up, dia di tawarkan menulis. Kalau tengok Reels dekat Instagram LynnRazif, I suka dengan sususan ayat dan setiap patah yang dia tulis. Sebab tu bila dia tulis buku, sekali lagi I sangat excited untuk beli dah baca, hihi. Buku ni juga terbitan Iman Publication. I banyak juga la minat terbitan mereka ni, even dah ada few buku.
Oh ye, jom review sikit.
Hari - Hari Terindah Bersama Mak - menceritakan tentang perjalanan beliau dan ibunya. Pelbagai kisah suka duka yang dicoretkan dalam buku ini.
Bak kata LynnRazif dalam bukunya - Yang mak kita mahukan adalah kehadiran kita pada hari - harinya, lebih daripada kejayaan yang kita capai.
Buku ni personally sangat menyentuh Hati pembaca termasuk aku. Mix feelings, yang malu untuk digambarkan secara personal dalam blog ni 🫣.
Jadi itu sahaja mini diary dan review buku kali ni.
Baca juga - Beli buku dan Merchandise Annjf

Dan actually ada lagi buku yang masih belum di review. Niat I nak kembali review buku/novel yang I beli macam dulu.
p/s - yang depan sekali tu tak review tau, itu Yassin dan surah - surah lain. Letak situ sebab senang untuk di capai.
Selamat malam

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.