Makan Seafood di Restoran Bara Stulang JB - Lokasi baru di Senibong | Assalamualaikum, hai korang. Hari tu huda repeat lagi makan di sini. Kalau sebelum ni, Restoran Bara Stulang JB terletak di kawasan Stulang laut, tapi kini restoran ini telah berpindah ke kawasan yang lebih strategik. Lokasi terbaru Restoran Bara Stulang JB, kini terletak di Senibong. Tempat dia sangat strategik, dan kawasan Senibong ni memang popular dengan port makan seafood di Johor Bahru. Untuk kawasan Restoran Bara Stulang yang baru ni, parkingnya lebih luas, kawasan restoran dia yang agak luas juga. So kalau nak bawa family yang ramai, especially ada budak - budak, ya sesuai.


Oh ye, lupa nak inform. Restoran Bara Stulang kini, terletak betul - betul bersebelahan dengan kawasan Kolam Pancing Pak Akob. Yang bestnya, korang boleh pancing ikan kat Kolam Pak Akob, dan boleh juga minta mereka masakkan tau. Of course ler ada charge - nya juga.

Nona yang sedang memancing ikan.
Hahaha lawak masa ni, but mujur Nona berjaya.


Antara menu pilihan malam tu.
Ikan siakap 3 rasa
Ikan siakap steam halia
Ikan Merah, Ikan siakap bakar (size kecik RM15)
Tomyam Campur
Kerang sambal
Sotong Goreng Tepung
Sotong masak buttermilk


Dua ni adalah Ikan bakar RM15.
Antara speciality Restoran Bara Stulang JB ni, adalah Ikan bakar.
Sambal dia pun sedap, kena dengan selera kami.
Kalau korang datang sini, korang boleh buat pilihan sama ada, nak Ikan bakar tu di salut dengan sambal atau tidak.
Yang tak disalut dengan sambal tu, mesra kanak - kanak sebab tak pedas.

Sotong Goreng Tepung

Sotong masak Buttermilk
Dan ini one of menu yang huda suka. Sedap, sampai huda beli dan tapau bawa balik hehe.
Jujur cakap, since pertama kali makan di Restoran ni hari tu (1st experience di entry ni), rasa all the menu memang kena dengan cita rasa huda, dan rasa dia sedap. Tak ragu datang sini, sebab Restoran ni sediakan pelbagai hidangan seafood yang fresh. Harga makanan seafood kat sini pun berpatutan, dan ikut saiz setiap hidangan (Contoh - ada saiz S,M, dan seterusnya). Jadi memang tak keberatan kalau nak repeat, dan makan kat sini lagi. So menu pilihan yang huda suka - Ikan Siakap 3 Rasa, Tomyam Campur, Sotong Buttermilk, Ikan Bakar, dan Ikan Siakap Steam.
Kalau korang yang pernah datang sini, mana satu pilihan menu yang korang suka?
Jadi kalau korang plan nak makan seafood area JB ni bersama keluarga, atau sahabat, Huda suggest sangat untuk korang, makan dekat Restoran Bara Stulang JB ni.
Info Restoran Bara Stulang JB - kini berpindah di Senibong.
Waktu Operasi Restoran - 4 Petang - 2 pagi
Waktu Operasi Kolam Pancing - 24 jam
Lokasi Restoran : 13, Jln Persiaran Senibong, Bandar Baru Permas Jaya, 81750 Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim, Malaysia
Waze : Restoran Barang Stulang JB (Kolam Pancing Pak Akob)
Untuk makluman lanjut, boleh layari media social mereka :
Facebook, Instagram, TikTok - @barastulangjb
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.