Semalam, selepas selesai majlis persandingan adik sedara dan suami dia di KL, kami terus gerak ke Bangi dan duduk di homestay area sana. Untuk makan malam, macam biasa kalau malas keluar, kami akan order di grab. Mudah dan cepat. Jadi untuk malam tu, kami tapau makanan dari Restoran Mohd Chan, Bangi. Bukan pertama kali, dah beberapa kali juga rasanya kami order makanan dari Restoran Mohd Chan, jika berkesempatan ke sini.
Assalamualaikum. Restoran Mohd Chan, merupakan salah sebuah cafe Cina Muslim yang agak terkenal, dan mempunyai beberapa cawangan, salah satunya di Bangi. Gambar suasana kedai memang tak ada, since kami tapau makanan melalui grab.


Aku order Mee Tarik Kicap bersama Wantan Goreng.
Mee Tarik Kicap ni dihidangkan bersama sup kosong, dan cili potong juga. Rasa sup dia just nice. Rasa sup dia light - light tapi kalau campur sekali dengan Mee Tarik Kicap, dan cili potong memang ngam rasa dia. Kalau nak pedas sikit, boleh tambah cili potong.
Pedas tu optional, ikut selera. Bagi siapa yang tak makan pedas, boleh je order Mee Tarik Kicap ni.
Selain Mee Tarik Kicap, kami order juga Mee Tarik Mamak, dan Nasi Goreng Cina (tiada gambar) ✌🏻.
Jadi kalau korang nak makan Mee Tarik, dan korang ada area Bangi, atau dekat mana - mana branch Restoran Mohd Chan yang terdekat dengan korang, korang boleh cuba sendiri lepas tu comment sedap tak. For me, walaupun dah repeat for few times, rasanya sedap, dan kena dengan selera aku. Itu yang kalau ke sini, kami repeat order.
Cawangan Restoran Mohd Chan - link
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.