Dah sampai Malaysia - Another long flight | Assalamualaikum. Alhamdulillah after 8++ hours dalam flight, finally sampai KLIA. Flight semalam (2/11) dari Madinah pukul 9.15pm, dan sampai KLIA 11.30am (3/11).
Muka I sunburn haha.
But it’s ok, demi performing Umrah.
Alhamdulillah, actually huda selesai perform Umrah pada 29/10/2024. Dan 30/10/2024 selesai buat Tawaf Wada’, pada hari tersebut juga kami bergerak ke Madinah.
2 hari 1 malam di Taif, 7 hari 6 malam di Mekah, dan 4 hari 3 malam di Madinah.
Dari 23/10/24 - 2/11/2024.
Alhamdulillah, what an amazing journey.
Walaupun sebenarnya, huda culture shock dengan budaya, dan cara mereka di sana, Alhamdulillah semua dipermudahkan oleh Allah.
Dalam kegembiraan, mesti terselit beberapa ujian yang kami hadapi sepanjang berada di sana, selama 12 hari 11 malam.
Tapi itulah, bila nak gerak dari Mekah ke Madinah dan dari Madinah ke Malaysia, tipulah Kalau kita tak rasa sedih, sayu.
Alhamdulillah, selepas pelbagai rintangan dan dugaan untuk tahun 2024. Dari awal tahun sampai bulan 9, ini antara best healing ❤️🩹, yang I dapat dalam hidup I selama ni. Orang kata, ni la rezeki untuk I healing se-healing-nya.
Plan nak pergi Umrah dibuat pada February 2024. Time tu memang daftar terus dengan Tabung Haji, dan memang pilih tarikh 23/10.
Ni my first Umrah. I pergi berdua dengan adik I. Tapi rezeki dapat Mutawif yang guide kami sepanjang berada di sana, dapat group yang sporting dan supportive juga. Dari umrah wajib, sampai Umrah Sunat kami buat bersama in grouping, dan di guide oleh Mutawif. Yang ni seorang request kat ustaz, pastu semua nak follow haha, sampai ustaz kata kalau nak buat sendiri takpe, tapi semua nak buat sama - sama dengan ustaz.
Kalau ditanya, nak pergi mana dulu. I suka suggest, if you guys plan nak pergi Umrah, ambil la tarikh yang pergi Mekah dulu. Buat benda wajib dulu, baru kita plan pergi Madinah. Senang dah, kalau Umrah dah settle. Dekat Madinah, biasa banyak lawatan dan relax sikit.
I tulis entry ni, sebaik tiba di Malaysia ✌️. Ya Allah, tulis benda ni pun rasa sayu dan tak tahu nak express the feeling. Rindu dah suasana kat Mekah and Madinah.
Alhamdulillah, Semoga ada rezeki lagi ke sana.
InshaAllah will update journey there dekat entry lain.
Alhamdulillah, sampai dah ke sana.. Baguslah mutawif yg sgt membantu...
ReplyDeleteAlhamdulilah, selamat kembali dan kembali rindu bumi Haramain :(
ReplyDelete