Food Hunting dekat Batu Pahat

Assalamualaikum =D Hai semua. Cerita throwback lagi - food hunting dekat Batu Pahat. Sebenarnya yang ajak pergi Batu Pahat ni, abah tau. Tujuan datang Batu Pahat sebab nak pergi makan dekat satu kedai tepi sawah area Batu Pahat. Jauh perjalanan kami tu. On the way ke gerai pilihan abah, kami singgah Kerepek Fendi yang emak selalu nampak dekat Tiktok. Sebelum gerak tu, waze tempat dulu.  

Beberapa minit perjalanan, sampai lah kami di Kerepek Fendi, Batu Pahat. Tak banyak sangat kerepek yang ada, jadi kami choose beberapa kerepek yang boleh dibeli, dan bawa balik ke JB.

Kerepek Fendi Batu Pahat
Tak banyak pilihan pun, banyak juga kami borong 😂.
Seorang amik itu, seorang amik ini. Total RM200++.
Ni bole buat sebulan punya stock kat rumah. 

Lain tempat, lain rasanya. Tapi yang ni kira Oklah. Nice.

Beli banyak siap dapat 3 free gift uolss.


Kerepek Fendi Batu Pahat
Dari dalam kedai Kerepek Fendi, huda tertarik hati nak try kerepek bayam ni.so beli lah. Naik je kereta, terus rasa satu, sedap.
Serious sedap.

Rasanya macam ada adunan yang buat rempeyek tu, Lepas tu dia salut dengan bayam, dan goreng.

Nice betul.

Dari lokasi Kedai Kerepek Fendi, kami bergerak pula cari kedai makan. Itu yang sampai kat gerai tepi sawah  abah nak pergi, tapi tutup. But but, kita tak patah semangat. Kami google lagi cari kedai makan, while abah pump tyre kereta dekat Petronas area Batu Pahat.

Cari punya cari, mak cadangkan Nasi Pakistan No 1 dekat Batu Pahat. Again, tahu dari Tiktok .

Nasi Pakistan no 1 Batu Pahat
Sampai - sampai dekat Nasi Pakistan No 1, dari tempat parking tu, dah nampak dah Lamb Shank.

Peh kemahen menyelerakan.

p/s -  Nasi Pakistan No 1 ni kedainya corner lot, nak makan pun selesa sebab luas kedainya. Parking pun senang cari.

Nasi Pakistan no 1 Batu Pahat
Nasib baik masa pergi tak ramai orang.
Iyelah, bila tengok dekat Tiktok selalu ramai.
Pening juga kalau ramai kan 😂. Mana nak duduk.

Huda nak share sistem kat Nasi Pakistan No1 Batu Pahat, untuk yang first time datang sini. 

Sistem kat sini semua layan diri.
Meaning, you guys kena order dulu dekat tempat order nasi, dan air.

Amik nasi dan air yang dah di order, pergi dekat kaunter. Bayar. Dan lepas tu baru boleh menjamu selera.

p/s - sebab huda first time datang. So masa tu agak pening juga. Tapi bila dah diterangkan oleh staff kat situ jadi kami pun faham. Nice je staff staff dekat Nasi Pakistan No 1 Batu Pahat ni.

Nasi Pakistan no 1 Batu Pahat
Ini menu kami, 
Nasi Pakistan Kambing Briyani (RM18), dan Nasi Pakistan Ayam Masak Merah (RM13).

Masa beli ni, tak ada pula kambing masak Pakistan original. Tu ambil Kambing Briyani.

But nak cakap, sangat worth it makan kat sini. Berbaloi. Harga ok. Texture nasi dia lembut, dan sedap.
Kambing Briyani dia, sedap.

Ni review jujur. Beli sendiri, then review haha.

Oh ye, ada juga air free. Sirap. So you guys boleh je tambah, berapa kali nak tambah.

Lepas makan, kami tapau Nasi Pakistan Lamb shank, dan ikan siakap goreng.

Lepas siap makan, kami terus balik ke JB.

Dalam perjalanan balik tu, sempat lah kami singgah ke Putu Bambu Juriah. Kalau nak tahu, Putu Bambu Juriah ni kiranya, one of hot item. Huda pun tak tau dari bila dia popular. Sebab since abang study kat Batu Pahat few years ago, memang akan singgah Putu Bambu Juriah ni. Sedap.

Putu Bambu Juriah Batu Pahat
Putu Bambu Juriah, terletak di Ayer Hitam, Batu Pahat Johor.

Putu Bambu Juriah Batu Pahat
1 packet RM4.50.
Berbaloi. Sedap.

Jadi kalau you guys singgah Batu Pahat jangan lupa singgah kedai yang huda suggest tau. Atau you guys ada tahu tempat makan lain dekat area Batu Pahat? Boleh share di ruangan comment. Mana tahu, kalau pergi lagi huda boleh ajak mak abah pergi tempat yang you guys suggest tu ✌️.

Post a Comment

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.