Random story dalam seminggu



Assalamualaikum

Hai guys. Random story dalam seminggu, ni kira macam diary. Kali ni, huda decide nak story based on gambar. 

Naik bas berhenti - berhenti area JB.
Dijadikan cerita, Jumaat lepas huda naik bas dari KSL ke JB Sentral dan dari JB Sentral ke KSL. Back to back gitu.

Bukan pertama kali naik mybas (atau lebih dikenali sebagai causewalink). Dulu pernah naik juga, masa study kat Kota Tinggi, Johor. Balik JB, naik bas berhenti - berhenti (causewalink). Memandangkan dah lama tak naik, so yahhh hari tu huda decide untuk naik. 

Naik My Bas Area Jb
Ni dekat terminal JB Sentral.
Untuk short video, boleh layari reels dekat IG Bio huda. Click link

Naik My Bas Area Jb
Dulu masa awal 20an, pergi balik dari Kota Tinggi ke Jb, kita bayar cash. Tapi sekarang dah cashless. Canggih.

Rasanya lebih applicable zaman sekarang, memandangkan nowadays pun shopping dah cashless, kan?

So huda rasa macam its good la. 

Kalau korang nak by cash pun boleh jer. Cuma huda sarankan pakai card Manja Link ni lagi applicable macam tu.

Untuk more info, nanti huda akan share link entry. 

Air baru McDonald’s - Lychee Berry Blended 

Lychee Berry Blended
Lychee Berry blended.
Air perisa baru yang korang boleh dapatkan dekat McDonald’s terdekat dengan korang. 

Rasa dia not bad sedap.
Lychee Berry ni kira one of refreshment water lah. 

Cuma huda lagi suka air strawberry blanded.

Nasi Kerabu dan Nasi Kukus, Puyuk Besar JB

Nasi kukus, Puyuk Besar JB

Hari tu, huda makan dekat Restoran Puyuk Besar. Restoran ni terletak dekat area Setia Tropika, Jb.

Jauh ye lunch sampai ke Setia Tropika.

By the way, Restoran Puyuk Besar ni menyediakan makanan tradisi Kelantan. Kalau korang nak makan Nasi Kukus dan Nasi Kerabu, meh datang sini. Sebab TERSANGAT recommended.

Harga amat berbaloi dan makanan dia sedap. 
Review ikhlas ni. Sebab dah 5 tahun kerja, kerap pergi sini. 

Iyelah, kami ni bila lunch bertukar tempat makan. Puyuk Besar ni antara tempat yang menjadi pilihan kami untuk lunch.

Nasi dengan Paru Sambal Hijau - Aeon 

Nasi dan Paru Sambal Hijau Aeon
Ingat nak makan dekat Coconut (area Adda Height), tapi hujan. Last last decide makan kat aeon je. Food court. Masa lunch hour banyak juga lah choice.

So aku pilih, nasi dan paru sambal hijau. Sedap, bole la I repeat lagi nanti hehe.
Tapi tulah, cuma sup dia kena improve kan kot. 

p/s - huda memang sejenis suka amik gambar makanan, dengan niat nak review kat blog. Tapi kadang lupa haha. Alang - alang buat random diary ni, so kita buat personal review secara ringkas gitu.

Kadang rasa nak tulis, tapi idea tak ada. Kadang ada idea, tapi kekangan masa. 

Mencari mood blogging
Kadang rasa nak tulis, tapi tak ada idea. Kadang ada idea, tapi kekangan masa. Bak kata orang, nak seribu daya haha, cuma bila balik kerja memang tak larat dah nak fikir idea atau menulis tu kadang. 

Tiap kali nak menulis blog, mesti huda choose untuk duduk diam keluarkan pen dengan kertas, nak tulis short idea.

Tapi itulah kekadang memang tak boleh. Bila penat kerja, bole out tau idea. Sebab tu, huda suka choose time huda bertenang. 

Dijadikan cerita, hari  tu berangan jugalah  nak writing. Tapi sebab rasa macam stress, idea totally out. Memang tak boleh. Padahal dah sediakan pen, buku nota untuk conteng idea. Tapi tak boleh.

Last last aku buka Youtube, decide la nyanyi sesorang kat bilik. Dia macam ni, bila rasa nak marah tapi tak boleh haha.

Kekadang aku dengar potcast atau tengok video motivation, untuk dapatkan kekuatan diri sendiri.

Mencari mood blogging
Sekian cerita random dalam seminggu. 
Tak sampai seminggu, ni baru hari rabu. Esok Khamis.

Itulah guys, sebenarnya kadang rasa bersalah je tak update blog. Sebab iyelah, huda sendiri nak jaga pageview kan. Tapi bila kerja ni, commitment. Kalau dah penat, memang wassalam jela nak update bagai.

Walaupun single, tapi tak tau gane den nak explain ye.
Mana sempat jela den update (dengan nota buat diri sendiri, jangan sedih kalau tak capai target bulan ni haha sekian).

Untuk bulan 8 ni, banyak perkara yang berlaku sebenarnya. Itu yang kejap update dan tak. But Alhamdulillah semua went well.

Iyelah, kita mana boleh aspect hari hari kita, gembira selalu. Takde challenges la kalau gitu, ye tak? Allah bagi kita ujian untuk kita cekal, dan ambil iktibar dalam setiap perkara berlaku. 

Semoga kita tabah dalam hadapi setiap ujian tersebut. Orang kata, follow the flow dan live in the present. Yang lepas jangan ingat. Even huda pun, banyak push diri untuk accept sesuatu walaupun sukar. Cuma iyela kita belajar.

Chaiyok chaiyokkk guys ✌️


Self Love Qoute
Self love sangat important for our mental health. 
kadang huda suka cari benda benda macam ni. Sebab ianya memberi kata untuk kita rasa tenang.

Yelah. Kadang kalau kita cari orang cerita masalah pun, kita fikir yang orang tu boleh bagi kita ketenangan. Sebenarnya, tak. Mungkin kita akan lega sikit, tapi selebihnya kita kena berdamai dengan diri sendiri dan takdir.

Fikir yang itu ujian Allah.
Allah sayang kita.

Walaupun kadang kita sukar untuk terima hakikat, just ajar diri untuk ikhlaskan. InshaAllah, lama - lama Allah akan tolong bagi ketenangan kat diri kita ni.

Anyway, whatever is it. Just be yourself . Only yourself know your struggle. 

Sayangi diri sendiri. Jangan harapkan orang bahagiakan kita. Huda ada terbaca satu posting dekat media social (tak ingat kat mana). Dalam posting tu, dia ada tulis - “kalau orang tak sayang kita. Kita kena cakap kat diri sendiri (peluk diri sendiri dengan butterfly hug - boleh google). Sebut nama kita, dan cakap yang kita sayang kat diri kita. Kita maafkan diri kita, kita akan improve untuk jadi better person,”. This is one of motivation words yang boleh buat kita cool dan tenang. Fikir yang kita tak boleh nak control keadaan, atau orang lain. Apa yang kita boleh control diri kita, perbuatan dan percakapan kita.

nota - bila tulis diari gini, buat huda cakap kat diri sendiri.

8 Comments

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.

  1. Wow nak try la butterfly hug tu!

    ReplyDelete
  2. Samalah kita, nak menulis takde idea. Tapi kalau dah start tak boleh berhenti. Baru tau kewujudan manjalink dan air terbaru McD tu. Dah try naik sampai Singapore ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah lagi masuk singapore hehehe. So far kat Johor je

      Delete
  3. Blog ni pun macam diari harian kita, tak semstinya update bila ada job ke, rasa nak tulis ye tulis, jangan paksa diri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe ok, sis.thanks =D . Bukan apa sis, mood bulan 8 banyak sangat benda berlaku,momentum hilang kejap.

      Delete
  4. Terima kasih kerana berkongsi cerita :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.