Menu Hari Ahad - Masakan Kampung yang simple

Assalamualaikum =D

Hari ni terasa nak masak, masakan kampung.

Pagi tadi mak kirim beli ayam, dan sayur - sayur. Kebetulan hantar adik, lepas tu singgah beli barang basah mak kirim, dan tak lupa beli sarapan.

Jarang update begini ye, so hari ni nak update. Ala ala diari la, hehe. Kita review makanan kita pula. Mana tau, boleh jadi idea untuk korang nak masak apa hari ni?

Since aku jarang masuk dapur, so hari ni terasa nak masak masakan kampung yang simple. Maklumlah, huda jenis reti masak yang simple - simple. Yang tak simple, takut nak masak. Elak hangus, semua tak dapat rasa haha. Ok gurau jer.

Menu masakan lauk kampung
Inilah dia menu tengah hari tadi.

Menu masakan lauk kampung
Ayam Sambal, sayur masak lemak, pucuk ubi rebus, dan ikan kering.

Kalau ikutkan, makan boleh bertambah.

Nampak pucuk ubi tadi, terus beli. Lama tak makan.
Sedap. Memang dari kecik, nenek atok (belah mak), makan dengan sambal. Sambal telur, sambal ayam, or sambal ikan.

Gitu la.
Itu yang tadi, masak sambal ayam, then pekena dengan pucuk ubi rebus.

Sayur masak lemak tu, sebenarnya first time la masak hehe. Nasib baik la jadi. So raya boleh masak sayur lodeh pula nanti (yang selama ni mak I masak, huhu).

Ikan kering, mesti ada. 
Makan sambal dengan ikan kering, lagi umppp. Sedap di situ.

Ni lauk - lauk kampung yang simple.

Kat blog huda semua simple jer. Nanti huda share resepi simple simple ni, InshaAllah ✌️.



1 Comments

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.

Post a Comment

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.