Pernah dipanggil untuk photoshoot dekat KL, tapi tak boleh pergi

Assalamualaikum, =D

Hai korang. Tiba - tiba terbuat entry ni, sebab ada seorang kawan minta I throwback cerita disebalik sekeping gambar, haha. Adui kelakar bila ingat. Mashallah guys. So ini cerita aku, yang pernah dipanggil untuk photoshoot kat KL, tapi tak boleh pergi. 

Tajuk tu macam apa ek. 

Dijadikan cerita, satu hari aku dapat email dari sebuah magazine online ni - untuk datang KL dan photoshoot dekat office sana. Kenapa aku dipanggil? Aku ni one of Contributor Writer dekat Magazine Online tersebut. Amik gambar untuk profile kiteorang dekat laman web tersebut.

Disebabkan busy dengan kerja, dan tak sempat nak ambil cuti, juga beberapa kekangan kalau pergi sana. So aku pun discuss dengan team editor. After discussion, team editor ok je kalau aku amik gambar, dan send dekat diorang. Syarat kena pakai baju, hitam atau putih. Background gambar kena hitam, atau putih. Gambar mesti sesuai untuk diletakkan di profile aku dekat magazine online tersebut.

Fikir punya fikir, sebab dah kesuntukan masa. Nak pergi studio pun kena tempah, lepas tu malas nak invest mahal mahal untuk satu keping gambar. Jadi aku decide, untuk pergi je singgah kat kedai gambar. 

Pernah dipanggil untuk photoshoot dekat KL, tapi tak boleh pergi
masa ni kekok, gila weh aku. Aku berdoa jela agar editor terima gambar aku ni.

Pernah dipanggil untuk photoshoot dekat KL, tapi tak boleh pergi
Alhamdulillah, diterima hahaha.

Untuk record, aku merupakan salah seorang contributor writer Zalora Magazine Malaysia. Alhamdulillah, nilah aku cakap yang one of impian aku termakbul - dapat bekerjasama dengan editor.

Macam mana aku boleh dapat? Dari beberapa collaboration aku dekat blog ni, bersama team editor Zalora, tahun 2016 aku di approach menjadi salah seorang contributor writer mereka. 

Doakan lah sis kekal rajin menulis article di sana ye. 

Eh terpanjang pula kisah throwback kita.

1 Comments

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.

  1. kihkihkihhh..lepas ni nak pulakk entry .. Koleksi gambar photoshoot di studio 😜

    ReplyDelete

Post a Comment

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.