Resepi : Spaghetti Aglio Olio bersama Daging Harimau Menangis

September 02, 2021

Assalamualaikum =D

Hi korang. Memandangkan dah lama sangat tak share resepi yang sangat simple dalam blog, so hari ni nak share resepi Spaghetti Aglio Olio, yang sangat mudah untuk dimasak. Kali ni, huda nak share resepi Spaghetti Aglio Olio bersama Daging Harimau Menangis.

Resepi : Spaghetti Aglio Olio bersama Daging Harimau Menangis
cook byfarahh

Bahan - bahan
1 packet spaghetti (huda suka guna jenama kimball, sebab lembut)
1 packet Daging Harimau Menangis (boleh tukar dengan daging cincang, ayam, atau seafood).
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
cili padi (ikut tahap pedas masing - masing)
2 sudu mix herbs (mix herbs tu boleh tukar dgn herbs favourite korang. huda pakai mix herbs je).
2 sudu parsley kering (dalam botol) , kalau nak guna daun parsley pun boleh.
2 sudu basil kering (dalam botol), kalau nak guna daun basil pun boleh.
garam dan ajinamoto secukup rasa
3 batang hotdog

Cara memasak
1. Rebus spaghetti (then tos kan),
2. Panggang daging harimau menangis (half cook)
3. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili padi hingga masak.
4. Kemudian masukkan daging harimau menangis yang dah di panggang, masukkan hotdog.
5. Gaul rata, biarkan hotdog masak kejap, masukkan garam dan ajinamoto secukup rasa
6. Masukkan pula, spaghetti yang telah direbus.
7. Masukkan mix herbs, parsley dan basil kering 

8. Gaul rata. Biarkan ianya masak dan hidangkan.

Siap.
Simple resepi, dan senang nak masak.


Daging Harimau Menangis
Dear Johorean, kalau berminat nak beli Daging Harimau Menangis boleh PM huda tau. Hhehe.

You Might Also Like

8 Comments

  1. Replies
    1. hehe yes. kadang makan - makan, tau dah habis haha :P

      Delete
  2. Replies
    1. sedap, hehehe. tiberrrr puji masakan sendiri :P

      Delete
  3. Aaaa.. tengah kuarantin ni, aku teringin la pulak makan gini... nampak sedap behtolsss!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak nona, maafin ya.
      Aku doakan kau semoga cepat sembuh. Take care nona.

      Delete

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.