Review Cerita Korea - The Dude In Me

FARAH
2


Assalamualaikum,


Huda sekarang jenis layan korea bila orang kat rumah ni buka. Kalau ada drama/movie korea yang huda rasa best, huda akan follow up.

So this is one of the movie yang I layan, dah dua kali ter- tengok bila dibuka, haha.

Movie ni best. Dia berunsur percintaan, kekeluargaan dan sahabat. 

Movie Korea - The Dude In Me

“Saya adalah kamu, kamu adalah saya?”

Review The Dude In Me
Movie ni mengisahkan seorang gangster (Pan Soo) dan seorang pelajar nerd (Dong Hyun), telah tertukar sesama sendiri akibat daripada sebuah kemalangan yang berlaku. Bermaksud, Pan Soo terperangkap di dalam badan Dong Hyun, Dong Hyun pula terperangkap di dalam badan Pan Soo. Pan Soo menyedari yang badan mereka tertukar apabila sedar dari pengsan.

Cerita dia bermula apabila mereka berdua secara kebetulan singgah makan disebuah restaurant. Selesai makan, Dong Hyun keluar dari kedai itu dan diikuti oleh Pan Soo. Mereka saling tak berkenalan, hanya terserempak dikedai berkenaan. Entah macam mana, tiba - tiba Dong Hyun terjatuh dari atas bangunan, kebetulan pula Pang Soo betul - betul berada di bawah bangunan tersebut.

Apabila Pan Soo tersedar, mereka sudah berada di Hospital. Orang yang pertama terjaga adalah Pan Soon (yang terperangkap di dalam badan Dong Hyun). Manakala Dong Hyun (terperangkap di dalam badan Pan Soo) masih lagi di dalam koma.  Terjaga sahaja dari pengsan, Pan Soo cepat - cepat pergi ke tempat kemalangan, sampai je dekat sana kelihatan orang sedang buat renovation. Bila ditanya kepada makcik yang lalu lalang di situ, rupa - rupanya kedai tersebut sebenarnya telah lama di tutup.

Dari situlah bermula kisah Pan Soo mencari kebenaran. Dalam mencari kebenaran, akhirnya Pan Soo tahu kenapa Dong Hyun boleh jatuh dari atas bangunan tersebut. Rupanya Dong Hyun telah dibuli, dan pembuli menyuruh Dong Hyun mengambil kasut yang digantung pada Antenna Outdoor (Aerial TV), oleh sebab itu Dong Hyun tergelincir dan akhirnya terjatuh dari atas bangunan tersebut.

Dalam mencari kebenaran, Pan Soo boleh terjumpa pula dengan ex girlfriend dan anaknya. Bila dah confirm tu anak dia, dia boleh pula bentuk dan ajar anak dia seni mempertahankan diri. Sebenarnya anak dia pun  mangsa buli juga, dan berkawan rapat dengan Dong Hyun.

Bila Dong Hyun dah sedar, dia gunakan Dong Hyun untuk perkara - perkara yang baik, termasuk dalam percubaan untuk memujuk ex girlfriend dia. Sebab Dong Hyun juga Pan Soo akhirnya  jadi baik. 

Nak tahu apa terjadi selanjutnya? Kenalah tonton movie korea ni.

Bila tengok movie ni, sebenarnya aku teringat satu drama korea - Secret Garden. Drama ni 20++ episode, aku tengok sampai habis dan siap repeat beberapa kali. Entahlah drama dia best. Masa ni zaman awal 20-an yang tengah gila dengan korea, sebab tu apa jua drama aku boleh repeat haha.

Berbalik kepada drama secret garden, idea dia pun sama. Tertukar. Cuma yang bezanya, mereka tertukar berlainan jantina. Ha kat sini kelakarnya hahahaha. Akhirnya diorg bercinta, the end...

Oklah sampai sini je sempat huda share. Ni pun kira panjang, konon nak taip pendek - pendek je. Maklumlah guna phone kan, “space” pun rasa limited. Thanks korang singgah, baca dan support blog huda.


Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. aku tak boleh kalo huda yang buat review, mesti lepas tu aku cari cerita tu dan tengok...hahahaha

    macam menarik pulak cerita ni dan mesti ada permainan emosi...arghhhh

    ReplyDelete
  2. okay terima kasih share, nak try tengok jugak lah. hehehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !