Review Movie Suamiku Encik Perfect 10

Farah
4


Assalamualaikum, =D


Hai semua. Semalam baru sempat tengok this movie dekat gengtube, hai maklumlah nak pergi tengok wayang semata - mata nak tengok cerita ni memang tak sempat, sebab faham jelah dekat area Muadzam Shah tu mana ada panggung. Kalau nak tengok, kena pergi Kuantan atau Segamat. Tapi aku ni malas. Daripada aku pergi Kuantan atau Segamat baik aku balik JB kan, haha. 

Bila pihak gengtube post je link movie ni dekat fanpage dia. So aku pun terus buka dan tonton movie Suamiku En Perfect 10 sorang - sorang. Sampai sanggup tidur lambat semalam tau...Lagi satu yang melambatkan proses aku nak tengok movie ni, sebab laptop aku selalu hang (dia merajuk agaknya sebab aku cakap nak beli laptop baru. La hai...Awatnya).



Bercerita tentang movie Suamiku En Perfect 10 ni. Orang dok sot set - sot set cakap, yang movie ni Masyallah best gila! Si lelaki tu romatik habis! Sweet! Dan bla bla and bla... Ha, sebab tu juga lah aku tak sabar - sabar nak tengok movie ni. And Alhamdulillah semalam dapat tengok.

And what is my first impression? Mula - mula je start, starting cerita ni (sorry to say), movie ni macam drama korea. Full House. Sebab ada scene yang dia termuntah dalam kapal terbang tu, hero dan heroin kebetulan pula boleh duduk bersebelahan dalam kapal terbang. Ok. So aku pun teruskan tontonan aku tu untill the end of this movie. Aku ingatkan diorang dah berkahwin (masa mula - mula tengok cerita ni. Sebab yelah dah nama pun Suamiku EncikPerfect 10. Maaflah novel dia memang aku tak sempat nak beli. Sebab tu tak tahu movie ni berkisahkan tentang apa), rupa - rupanya mereka hanya berlakon sahaja depan family masing - masing. Sebab si Aliya tu tengah pregnant sebab kena rape dengan pakwe dia. 

Dalam masa berlakon menjadi suami isteri. 'En Suami' menunjukkan yang dia seorang yang bertanggungjawab dalam menjaga seorang 'isteri' yang sedang mengandung. Sweet habis katanya. Satu hari, Alia bleeding dan terpaksa masuk ke hospital...Tapi Alhamdulillah baby dalam kandungan selamat. Ha, dari situlah bait - bait cinta mula berputik antara mereka. Dan sebab tulah Aleeya mengelar 'suaminya' itu, Encik Perfect 10. 

Kemudian berlaku beberapa situasi yang menyebabkan mereka terpaksa berjauhan seketika. Nak cerita kat sini, hai maklumlah panjang sangat kalau aku cerita. Sampai esok confirm tak habis. Ending cerita ni, akhirnya mereka bersama selepas beberapa conflict yang berlaku di antara mereka berdua. Itulah orang cakap, kalau dah jodoh tak ke mana ye tak?

Sinopsis novel (dari novel Suamiku Encik Perfect 10)
PERTEMUAN yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Lakonan selama seminggu, demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen. Janji telah terpatri tetapi perasaan lain pula yang bertakhta dalam hati.
“Abang, orang kahwin pun tak pegang tangan bini dia sebegini teruk, tau! Sampai tak boleh bernyawa tangan Leeya ni.” – Aleeya Azmeen
“Peduli apa Aleeya nak cakap apa pun. Asalkan Aleeya selamat dalam pegangan abang! Abang tak kisahlah apa orang nak cakap.” – Zarief Danial
Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula kasih dari Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan. Azura Hanim pula menjadi penghalang rasa cinta Zarief Danial terhadap Aleeya Azmeen.
Aleeya Azmeen menjadi keliru apabila terpaksa memilih di antara cinta terhadap Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial.
“Aleeya dah jumpa ke lelaki perfect 10 tu?” – Zarief Danial
“Dah, tapi dia milik orang,” – Aleeya Azmeen
Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial? Adakah Aleeya akan memperoleh cinta dari Encik Perfect 10, seperti mana yang dia harapkan?
Credit - karyaseni & gengtube.com


Done. Thanks singgah dan baca entry ni =)

Post a Comment

4Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. ......
    Tajuk dia cam menarik. Tapi sbnrnya saya dh bosan dgn cerita 'kawin paksa tak rela last2 jatuh cinta tanpa dipinta'. Ni pndpt saya jela

    ReplyDelete
  2. kalau dah jodoh, tak kemana, ye tak? hehe :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !