Review Movie, Maleficient (in bahasa melayu)

Farah
2

Assalamualaikum, =D



Ini kisah seminggu yang lepas. Tapi hari ni baru aku terhegeh - hegeh nak updated dalam entry, hehe. So last week aku dan 2 orang cousin aku tengok cerita ni. So far pada aku cerita ni oklah dan ianya sangat sesuai untuk semua lapisan umur.

Review sikit.
Movie Maleficent ni dia ala - ala cerita sleeping beauty. Dalam sleeping beauty, ahli sihir jahat yang menyihir anak raja kan? Tapi dalam cerita Maleficent ni, dia bukan seorang ahli sihir tapi dia seekor pari - pari powerful yang hidup di dalam hutan bersama dengan makhluk lainnya. Sebab beliau menyihir anak raja tersebut, Arora namanya. Bukan kerana saja - saja nak sihir, tapi ianya disebabkan Maleficent ingin membalas dendam terhadap raja yang sangat jahat dan tamak itu, di mana dia telah mencuri sayap Maleficent satu ketika dahulu. 

Sama juga macam cerita sleeping beauty. Bila anak tersebut sudah di sumpah, raja menitahkan supaya 3 ekor pari yang baik membawa puterinya ke dalam hutan. Maleficent ni baik sangat. Even dia dah sumpah budak tu yang akan tidur selamanya, dari umur 16 tahun hingga menemui cinta sejati, tapi siapa sangka yang dia turut menjaga Arora, dari baby sehingga dia berumur 16 tahun. Dalam diam, mereka rapat dan saling sayang - menyanyangi di antara satu sama lain. Dalam sayang - sayang tu, Maleficent cuba hendak memhapuskan sihirnya pada anak raja tersebut, tapi tak berjaya. Sebab apa - apapun sihir itu akan hilang secara automatic apabila puteri raja tersebut menemui cinta sejati.

Dan akhirnya, cinta sejati yang dicari selama ini adalah dirinya sendiri, Maleficent dan bukan putera raja yang dia jumpa dalam hutan tersebut. 

Habis. Happy ending. 

Kenapa Malaficient dan kenapa bukan putera raja tersebut yang menjadi cinta sejati Puteri Arora? Jom le sama - sama tengok movie ni dekat wayang untuk tahu kisah selanjutnya. 

Credit SINI dan SINI.

Macam nak tengok lagi je cerita ni sebab aku suka dengan si Maleficient yang sangat baik hati dan prihatin pada puteri raja tersebut. Kalau tengok betul - betul, hayati betul - betul, sedih sebenarnya masa part yang dia bersungguh - sungguh nak hapuskan sihirnya pada Arora.

Trailer Maleficent.


Done. Thanks for reading =D

Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. betul tu...Maleficent memang best n banyak pengajaran.filem disney yang lain dari yang lain

    maleficent punya pasal : of cinta sejati n kahwin lambat

    ReplyDelete
  2. Nak tengokkkk cerita ni! Bilalah dapat tengok wayang ni, BZ je memanjang. Hurmmmm

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !