Review Air Mata Mualaf

Farah
1
Review Air Mata Mualaf | Assalamualaikum, hai guys. Tanpa di rancang, semalam tetibe onz dengan ajakan Nona untuk jadi plus 1 dia tengok Movie Air Mata Mualaf. Jadi kami jumpa di TGV Toppen, JB. Pertama Kali tengok wayang kat sini, before kalau tengok wayang pun dekat mall lain. Kerusi di TGV Toppen, selesa juga plus dapat bilik wayang yang besar. 


While waiting, sebelum Tayangan Khas Air Mata Mualaf di siarkan. 

Rupanya, ramai juga penonton dalam kalangan influencer. Aku just join the crowd je. But thanks Nona ajak tengok Movie ni hihi. 

Movie ni akan mula di tayangkan pada 4 December 2025. Jadi bolehlah ajak kawan, or family dok tengok sekali.

Sambil tu dalam entry ni, aku cerita serba sikit tentang Movie tersebut.

Perasaan tengok Movie tu? | Review sikit Air Mata Mualaf
Movie ni berkisar tentang perjalanan seorang Mualaf, Anggie. Kisah perjalanan beliau agak struggle, dengan melalui pelbagai ujian di samping menyakinkan seluruh ahli keluarganya, tentang penghijraan beliau. Sepanjang menonton Air Mata Mualaf ni, jujur cakap pelbagai emosi yang dapat kami rasa - sedih, bersyukur, ada babak - babak cuak, dan akhirnya ada moment happy ending. Yang penting, kena sediakan tisu, while tonton movie ni 😅✌🏻.

Kisahnya bermula dari luar negara, bila Anggie mendapat hidayah di sana ketika terdengar laungan Azan. Ketika itu dia tak sedar, yang dia berada di masjid. Sebelum beliau memeluk Islam, dia pulang ke Indonesia dengan berhasrat untuk minta restu dari keluarganya. Dari situlah bermulanya pelbagai conflict keluarga. 

Personally pelbagai perasaan dan emosi yang dapat di gambarkan ketika menonton Movie Air Mata Mualaf - Ada babak yang sedih, bersyukur, ada juga element sweet sikit, dan of course ada happy ending-nya. Movie ni focus kepada cerita kekeluargaan. 

Part paling sedih, bila family Anggie tak terima keputusan dia untuk memeluk Islam. Dia bagai dibuang keluarga, dan terpaksa berdikari. Mujur ada akak iparnya -  Magna, dan rakan karibnya- Nina. Dari situlah bermulanya, pelbagai ujian dan conflict. Dalam movie Air Mata Mualaf ni, aku sangat sokong apa yang akak ipar dia buat - di mana dia lah yang paling risau, cuba menyakinkah seluruh ahli keluarga, dan cuba satukan Anggie dengan keluarganya. Bila tengok kesungguhan akak ipar dia, masa tu aku rasa bersyukur juga sebab Anggie tetap dikelilingi dengan orang - orang yang baik. Walaupun begitu, Anggie tetap dengan pendirian dia dan join usrah, di masjid. Dekat sini actually ada juga element motivasi diri. 

Satu lagi babak yang menyayat hati, bila rakan karibnya - Nina, yang berhadapan dengan conflict rumah tangga. Part - part tu sedih, dan lagi sedih bila seorang anak kecil cuba mempertahankan ibunya dari dikasari seorang ayah. Tapi anak kecil tu tak berdaya untuk berbuat apa - apa. Luluh juga hati aku, bila tengok part ni. 

Part yang ada element sweet sikit, bila Anggie mula rapat dengan seseorang. Tapi itulah, sampai situ je, lepas tu scene tu habis. Tapi ada happy ending dia. But nak cerita tak best la 😂. Korang kena tengok dekat wayang, start 4hb December ni, which is bermula esok - Khamis.




إرسال تعليق

1تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

إرسال تعليق

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !