Nasi Kerabu Cik Siti - Pasar Tani Kekal,Datin Halimah, JB

Farah
0
Nasi Kerabu Cik Siti - Pasar Tani Kekal, Datin Halimah, JB | Assalamualaikum, kembali ke rancangan throwback di blog Farah. Blog ni, banyak berkisar cerita throwback gitu. Bukan pertama kali, tapi dah few times juga makan Nasi Kerabu Cik Siti ni, dan memang ianya kena dengan selera aku. Lokasi gerai Nasi Kerabu Cik Siti ni, di Pasar Tani Kekal, Jalan Datin Halimah JB. Tips kalau nak, korang kena sabar beratur dan datang awal. Sebab pagi Ahad, serious weh ramai dekat sini, since dia dah viral. Dulu senang je, tak perlu beratur. Sekarang,harus beratur. Tapi worth sebab dia sedap, kena dengan selera aku. 

Nasi Kerabu Cik Siti - Pasar Tani Kekal Datin Halimah JB
Paling latest, Ahad last week aku dan Abah pergi Pasar Tani Kekal, untuk beli sarapan.
Kami gerak dari rumah 8.30am, sampai around 8.45 am. Tak jammed, so just nice.

Sampai - sampai, aku dengan abah berpecah. Abah beli Kuew Teow, aku beli Nasi Kerabu. 
Both tempat ni, kena beratur.

Last week, masa aku beratur beli Nasi Kerabu Cik Siti tu oklah,pantas dan tak ramai sangat.

Since dah banyak kali repeat, so aku berani suggest dekat orang.
Untuk bahan - bahan dia, kalau korang nak asingkan pun boleh. But hari tu, aku just request untuk asingkan budu, tumis dan sambal. 
Tumis dia sedap, sambal dia sedap. Cuma sambal dia pedas sangat. So better asingkan, kalau korang tapau.

Ke, aku yang tak tahan pedas?

Nasi Kerabu Cik Siti - Pasar Tani Kekal Datin Halimah JB
Lepas siap je beli Nasi Kerabu, aku beli Ubi Rebus favourite Abah.
Sambal hijau dia, just nice. Ubi rebus dia lembut. 

Nasi Kerabu Cik Siti - Pasar Tani Kekal Datin Halimah JB
Yang ni, aku saja nak try. Ubi Goreng.
Tapi sorry nak jujur, dia more rasa rempah dan daun kari. Tak menikmati ‘rasa’ ubi tu. How to explain ya? 

Untuk repeat beli Ubi Goreng, maybe tidak. 
Tapi Ubi Rebus tu, memang acap kali repeat bila abah beli sarapan kat sini.

Settle beli semua, kiteorang balik terus. Before that sempat beli kopi ais, air longan, putu bambu, dan putu piring. 

Apa lagi ada jual dekat Pasar Tani Kekal Jalan Datin Halimah?
Basically, kat sini ada jual ikan, ayam, daging, sayur, etc etc (bahan masak),

Ada juga barang kering, rempah ratus, frozen food pun ada,

Dan pelbagai jenis juadah sarapan pagi -Nasi Kerabu, Nasi Lemak, Roti Canai, Ubi Rebus, Nasi Dagang, Bubur berlauk, Wantan Mee/Wantan Goreng, pelbagai jenis minuman, etc etc. Banyak nak list. 

Tapi serious meriahhh sangat!

Buka pukul berapa?
Not sure. Tapi pernah pergi 7.40am kat sini, semua tempat duduk hampir penuh. Lagi kalau datang 8.45 am memang penuh. 

But not sure tutup,setiap hari apa..

Huda suggest, kalau korang nak ke sini datang awal tau.

Lagi nak sarapan dekat mana?
Pondok Santapan Larkin, beberapa kilometer sahaja dari Pasar Tani Kekal.

Baca personal review Pondok Santapan Larkin di sini - click link entry Pondok Santapan Larkin







إرسال تعليق

0تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !