Movie date dengan adik - adik di hujung minggu - Agent Ali The Movie 2 & Concert Movie Tomorrow x Together World Tour

Farah
3

Kiteorang pula jenis, kalau ada cerita yang betul - betul nak tengok baru onz pergi tengok wayang. Kira weekend baru ni, secara kebetulan jadi movie date dengan adik  - adik dan layan 2 movie terus - Agent Ali The Movie 2 & Concert Movie Tomorrow x Together World Tour.


Assalamulaikum hye.


So weekend baru ni, aku pergi layan movie - Agent Ali The Movie 2 & Concert Movie Tomorrow x Together World Tour. Mulanya aku agree dengan ajakan adik, untuk teman diorang tengok Concert Movie Tomorrow, since TXT tu one of group kpop fav dia. Kebetulan pagi Ahad, dah semua nak tengok agent Ali The Movie 2, aku join sekali. Why not, hehe. Sesekali spent time dengan diorang best juga.

Movie date dengan adik - adik di hujung minggu - Agent Ali The Movie 2 & Concert Movie Tomorrow x Together World Tour
Sebelah pagi tu tengok Ejen Ali The Movie 2 : Misi Satria. Rasa ni yang antara last kot, ditayangkan since Movie Agent Ali 2 ni dah lama juga dah berada dekat pawagam. Cuma, kami baru berkesempatan untuk tengok semalam.

Semalam, pergi tengok dekat Play 1. Aeon Dato Onn. Pagi Ahad tu.

Biasalah tempat budak - budak, so bebudak pun enjoy tengok movie sambil main dekat “playground mini”. Anak - anak sedara, diorang dok main, tengok kejap hehe. Gitu la keletah bebudak ek.

Berbalik pada Agent Ali Movie 2 :
Untuk Agent Ali The Movie 2 ni, cerita dia tentang Ali yang kena hadapi cabaran untuk tewaskan musuh misteri. Kali ni, sekali lagi Ejen Ali kena protect Cyberaya dari musuh misteri tersebut. Dalam movie ni, Agent Ali dipilih sekali lagi untuk mencuba SATRIA. Iaitu project terbaru dari MATA, yang menggunakan system AI.


Movie date dengan adik - adik di hujung minggu - Agent Ali The Movie 2 & Concert Movie Tomorrow x Together World Tour
Sebelah malam -  pukul 8pm pula, kiteorang tengok Concert Movie Tomorrow x Together World Tour ni dekat GSC Paradigm Mall pula.

Concert Movie ni, selama 1 jam 30minit dan disiarkan  hanya pada 10 July 2025 - 13 July 2025.
Adik aku kata, ni special concert yang disiarkan di pawagam, dan hanya ditayangkan selama 3 hari je. 

So aku pun setuju, sebab sebelum ni pernah tengok concert movie Tomorrow dengan dia juga. 

Movie date dengan adik - adik di hujung minggu - Agent Ali The Movie 2 & Concert Movie Tomorrow x Together World Tour
Comment aku - it just a normal concert tapi disiarkan special di pawagam untuk para peminat TXT. Lagu - lagu dia ok not bad, sedap, dan sis boleh layan.

Ticket movie concert ni, pada pkul 8 malam - 9.30malam. Since dia special, harga dia a bit pricy juga.

Kalau tengok concert Movie ni, atau Anime (hari tu pun teman adik), akan dapat postcard sebagai kenangan buat para peminat. Hihi.




إرسال تعليق

3تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

إرسال تعليق

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !