Tak pernah rancang untuk ada career break dan berhenti tanpa backup kerja lain

Farah
2
Tak pernah rancang untuk ada career break dan berhenti tanpa backup kerja lain | Tak ada backup kerja ni, susah dek. Unless kita dah ada beberapa bulan backup saving, itu senang. Tapi Huda faham juga, nak cari kerja lain pun, tak mudah. Tapi it’s life. Setiap orang pernah di duga seperti ini. Sakit. Overwhelming rasa. Tapi itulah kenyataan pahit, yang perlu Huda hadapi ketika itu. 

Huda ajar diri Huda, untuk naturalkan semula perasaan pahit tu. Caranya, slowly accept takdir dan phase yang Allah tengah uji. Tak sangka, Allah bagi Huda ‘berehat’ sekejap, or we call career break (perkara yang paling Huda tak nak sebelum ni). Alhamdulillah, dalam fasa career break (tanpa dirancang itu), Allah ‘hantar’ orang - orang yang bagi Huda semangat secara langsung dan tak langsung. Kata - kata positive dari family, dan kawan baik. Family Huda, banyak sangat tolong Huda. Abang siap tolong edit resume, both Abah dengan Abang jadi orang yang buat mock interview dengan Huda. Mak, adik - adik turut bagi semangat masa tu.
 
Tak pernah rancang untuk ada career break dan berhenti tanpa backup kerja lain

Dalam phase cari kerja lain, Huda cuba tenang di rumah. Tenangkan diri, dengan tengok movie atau drama. Sampai tak tahu, dah berapa drama Huda marathon masa tu. Dengan leka tengok media social satu hal. Bosan sebab tak ada routine. Kalau kerja ada je routine kan. So tahu, nak buat apa hari ni, esok dan seterusnya. Walaubagaimanapun, Huda tak lupa, untuk usaha juga cari kerja lain, prepare diri dan siapkan barang keperluan untuk pergi Umrah nanti. Macam - macam kerja Huda cuba dan apply, dari kerja full time, ke kerja part time, ada juga cari course online (cari yg free punya), dan ada juga survey nak buat business online, eh macam - macam. Tapi lastly, huda decide untuk keep cari kerja, sampai dapat. 

Banyak interview yang Huda pergi dalam masa 3 bulan ni (Aug - Oct 2024), termasuk open interview (dekat career fair). Huda tahu ni ujian dari Allah, slowly Huda accept walaupun masa tu, tak sampai dua bulan Huda nak pergi Umrah. Dalam masa yang sama, Huda cuba belajar tips improve resume dan tips nak interview (tak semua interviewer accept kita, so dari situ kita tengok apa yang boleh kita improve. Reason, maybe next or next interview kita pass). Kita usaha, tapi Allah yang tentukan semuanya. Bak kata orang, jangan mengalah, selagi tak habis usaha dek. Fighting 💪🏻.

Tarikh pergi Umrah masa tu dekat sangat, bulan 10 - 23/10/2024. Huda tender resign letter (prev company) pada bulan 8/2024, officially resigned tanpa backup bulan 9/2024. Resign bukan sebab Umrah, tapi sebab lain. Masa tu memang Huda serah je semuanya dekat Allah. Bila masuk bulan 10 masa tu, Huda dah stress sebab tinggal lagi beberapa hari je Huda nak pergi Umrah. Macam - macam dah Huda fikir, sampai down kejap sebab masih tak dapat secure job sebelum Umrah. Stress juga, sampai nak give up pun ada. Alhamdulillah rezeki, 2 minggu sebelum pergi Umrah, Huda dapat panggilan interview dan terus dipanggil kerja. Seminggu sebelum Huda bertolak ke Tanah Suci, Huda dah start kerja baru masa tu. Doakan Huda dapat perform dekat kerja baru ni, InshaAllah. Berdebar juga sebenarnya.

Tak pernah rancang untuk ada career break dan berhenti tanpa backup kerja lain
Beberapa hari sebelum pergi Umrah, Huda dengan adik Sekali lagi pergi kursus Umrah under Tabung Haji. Pergi time weekend, Sabtu. Next story huda cerita pasal Umrah, InshaAllah. 

Tak pernah rancang untuk ada career break dan berhenti tanpa backup kerja lain

Pada pendapat Huda, pelbagai alasan peribadi untuk seseorang tu tender resignation letter. Fikirlah diri anda terlebih dahulu, dan kira commitment bulanan sebelum anda buat keputusan yang drastik. Sebab tu orang kata, kena ada secure job dulu, baru berhenti. Tapi faham juga, yang macam Huda maybe tak dapat secure job ni, bukanlah senang nak buat keputusan. Lama juga. Sehari sebelum resign, huda nangis semahunya. Tapi itulah, takdir Allah tu cantik, doa yang lama Huda mohon finally jadi kenyataan. Tahun sebelum - sebelum pun, Huda dah cuba untuk cari kerja lain sebab nak cari pengalaman dan gaji lebih baik. Tapi masa tu rezeki belum sampai lagi kot. Siapa kita nak mempersoalkan rezeki orang kan? Jika kita ada alasan kukuh then just do it, tak perlu explain pun. Pengajaran untuk diri sendiri juga. Semoga diary ni jadi penguat semangat aku di masa akan datang. 

Nota tepi - Sometimes Huda rasa, susah phase ujian tersebut. Tapi bila terdengar story orang lain, terdetik dalam hati sendiri, perlu ada rasa bersyukur dengan ujian yang Allah bagi pada diri ni. Sebab orang lain, ujian dia lagi hebat, tapi mereka mampu harunginya. Walaupun hakikatnya, kita tak tahu kisah sebenar disebalik semua perkara mereka hadapi. Apa yang mampu kita buat, hanya doa dari jauh. 

Kepada yang masih mencari kerja, Huda doakan korang dapat kerja yang korang impikan selama ni. InshaAllah rezeki tak ke mana, jangan putus asa dalam berusaha.



Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Alhamdulillah dapat kirija baru!!! Keep it up! Do ur best 😍Semoga gembira Dan Maju Jaya selalu 🥳

    ReplyDelete
  2. rezeki setiap orang berbeza. ada yg tak sempat berhenti dah dapat offer lain..bukan 1 tp few jobs. btw salam kenal2 Huda..lama dah follow tp jarang2 ammi sempat nak BW

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !