Huda blog sebab apa?

by - May 22, 2020



Assalamualaikum, =D

Huda blog sebab apa? Hi semua, tipulah kalau aku tak "terpena" dengan those ada reaction orang yang rasa aku blog just for a purpose. Its ok, you guys don't know me well. 

Aim blogging ni actually, sebab suka - suka dan masa tu tak tahu langsung blog ni boleh buat duit. Aku start blogging masa 2009, lepas tu aku stop kejap. End of 2011 aku continue dengan dunia blogging and active like what I want. 



Bila aku start explore tutorial semua masa end of 2011, aim aku satu je. Aku nak blog aku lawa, cantik, dan ramai orang baca blog aku. Itu sahaja. Duit? Tak fikir langsung masa tu. Aku jenis suka menulis, dari tulis dekat beberapa helaian kertas, aku pindah ke blogging. Masa awal blogging rasa, ohhh best rupanya blogging. Bayangkan ek, masa orang first comment dan blog ada orang view, masa tu aku dah cukup rasa thankful kat orang yang singgah blog aku.

Aku struggle juga nak blog aku cantik, nak pandai tulis blog dengan style yang santai, dan orang mudah faham, aku nak gain followers, nak gain pageviewer. Aku belajar buat header sendiri, belajar edit blog sendiri, belajar itu dan ini semua sendiri, and based online. Ya Allah masa ni kan, boleh cakap aku "gian" dok belajar sendiri main coding blog, edit header dekat photoshop, dan update blog sendiri. Aku rasa seronok. And I don't know why. Masa ni, zaman muda remaja. Maklumlah zaman ni rasa, semua nak explore "sendiir". Sekarang dah dekat 30 tahun, rasa nak blog simple simple pula. Malas dah nak edit yang ada awan, yang sambung ke header. Nampak simple tapi kalau edit header peh berejam, sebab nak match dengan layout lagi.

Haha, sekian blog sendiri je tau buat.

Sampailah satu masa, aku blog walking dan ternampak orang dok buat review sana sini. Tipulah kalau aku takde perasaan, nak juga rasa macam tu. Perasaan tu, tiba - tiba datang. So bermulalah pula, strategy macam mana nak dapat job. 2013 kot baru start explore macam mana nak dapatkan job. Akhirnya 2014 bulan bila entah, aku dapat first job and voucher RM50 dengan Zalora Malaysia. Ok itulah first. Lepas tu takde mana pun.

Ala guys, aku pun blog part time je, dan semua online. Mana ada orang email nak bagi job sekali - sekala tu, aku onz je. 

Dan even sekarang pun still explore and belajar pasal blog mana yang sempat. 

Nak blog ni, bukan sekadar nak dapat duit dan job je. First kena tengok pada minat dan hobi. Kalau takde minat dan hobi kepada sesuatu perkara, benda tu kejap datang dan pergi. Huda blogging ni dah lama sangat, dan huda anggap semua ni have fun je. Part time. 

For me, setiap blogger ada cerita sendiri. Me as well. 

Baca juga : About Blog byfarahh

You May Also Like

2 Comments

  1. setuju...kemahin dulu menggodeh blog sebab nak nampak cantik kan?

    ReplyDelete
  2. Sama la kita.. memula tu just suka-suka.. sekarang itulah tempat untuk dpt pendapatan sampingan walaupun tak banyak mana tap alhamdulillah rezeki dr tuhan ada disitu..

    ReplyDelete

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.

Hye semua, thank you for visiting byfarahh.com. Feel free to visit my social media =D