Review Filem Pusaka dibintangi Syafiq Kyle

November 10, 2019


Assalamualaikum, =D

Hi semua, 

Semalam baru berkesempatan untuk tengok movie Pusaka ni dekat pawagam. Dengar orang cerita and buat review filem ni macam best, lagi pula ada Syafiq Kyle kan. So apa lagi, aku on jela bila adik aku ajak tengok. 


Image result for pusaka
Credit photo by GSC

Antara pelakon yang membintangi filem Pusaka
Syafiq Kyle - Inspektor Anuar
Mimi Lana - Nur
Sweet Qismina - Balqis dan Qistina
Faizal Hussin - ASP Mansur
Hafiz Roshdi - Luqman (juga merupakan seorang anggota polis, rakan kepada Inspektor Anuar)

Review filem Pusaka by farahhdotcom

Inspektor Anuar (Syafiq Kyle) merupakan seorang anggota polis dan mula bertugas di Bandar Besar, tetapi beliau minta ditukar ke Perak kerana adik kembarnya, Nur (Mimi Lana) berada di sebuah Pusat Pemulihan di sana.

Filem ini bermula bila Inspektor Anuar mendapat satu laporan dimana terdapat kes kematian yang berlaku di sebuah rumah agam (yang telah lama ditinggalkan) di belakang Kuari. Setibanya di rumah tersebut, dari luar Inspektor Anuar dah terbau mayat. Malas nak tunggu anggota lain tiba, Inspektor Anuar telah masuk secara berseorangan ke dalam rumah agam tersebut. Tidak lama kemudian, dia telah menjumpai mayat dan seorang perempuan bersama mayat tersebut.

Balqis dan Qistina (Sweet Qismina), yang juga merupakan kembar seiras telah dikurung dirumah agam (yang telah lama ditinggalkan) selama hampir setahun. Seorang kembar sudah mati, manakala seorang lagi masih hidup.

Misteri filem ini bermula sejak malam itu, dan apabila Inspektor Anuar mula menyiasat kes ini. 

Dalam trailer kita tengok, Opah (dibintangi Ogy Ahmad Daud) yang merupakan punca semua misteri yang berlaku kan? 

Tapi sebenarnya ada cerita lain disebalik semua tu. 

Orang kata filem ni banyak plot twist. Tapi pada aku takde pun, malah cerita ni direct. But its normallah kalau ada scene scene suspend dalam filem ni yang menampakkan dramaticnya di situ. 

Pada huda filem ni is not bad. Seram. Banyak aksi - aksi yang membuatkan satu panggung terkejut dan menjerit secara tidak langsung, termasuk aku sendiri.

Kalau based on rating, aku bagi 8/10. 

Nak tahu apa yang berlaku sebenarnya? Kenalah tengok filem ni dekat pawagam.

3 comments:

  1. twist plot dia satu je? cemana bleh jadi bnyk plak org2 ni, tapi.. akk suka lakonan Syafiq

    ReplyDelete
  2. cite seram xberani nk tgk.. sy penakot.. hihi

    ReplyDelete
  3. nice review. tunggu la keluar kat astrok. hihi

    ReplyDelete

Powered by Blogger.